vendredi 31 décembre 2010

souvenirs 2010...

-Majlis Konvokesyen Ketujuh-
-Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)-
-Universiti Kuala Lumpur-
-Malaysia France Institute-
-7 October 2010- 

..........souvenirs 2010..........









 
..........au revoir 2010..........


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 30 décembre 2010

Tak Sempurna

Geram bila apa yang dicari tak dijumpai
Bertambah geram bila yang dijumpai tak menepati kehendak diri
Sakit hati bila kemahuan tak dapat dipenuhi
Bertambah sakit hati bila akhirnya semua pun tak jadi
Lantas kau tanya pada diri sendiri
'Kenapa semua ini terjadi?' 

Jawapannya mudah sekali
Kerana...'kesempurnaan' yang kau cari
mana mungkin kau kan temui
Seringkali kau harus ingatkan pada diri
bahawa tiada yang sempurna di dunia ini
Melainkan Dia Ya Rabbi..

Belajar untuk tidak terlalu mengejar kesempurnaan bukan bermakna kita harus berhenti dari mengejar yang terbaik. Tapi hakikatnya yang terbaik itu tetaplah juga ada kekurangannya, walaupun sedikit. Belajarlah untuk menerima ketidaksempurnaan...kerana kita insan biasa...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 29 décembre 2010

invisible

Sometimes, it's better to be invisible....tak nampak, tapi ada...hehehehe.....


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

lundi 27 décembre 2010

mimpi yang sempurna...

mimpi..tentu semua pernah mengalami mimpi..samada mimpi indah, mimpi seram..atau sebagainya…mimpi mengungkit seribu satu makna buat seseorang….tul ke ek?..ntah la aku pun tak pasti...mimpi yang sempurna?mimpi yang boleh memberi sesuatu makna kepadaku…bukan sekadar mainan tidur....

sejak kebelakangan ini, aku sentiasa teringat pada seseorang…terbayang-bayang muka seseorang itu..terbawa-bawa ianya bersama-sama tidurku..tidurku yang sempurna…

mimpi yang sempurna… 

mungkinkah ku perlu bertanya pada bintang-bintang bila ku rasai kusunyian…sedarkah ku berjalan dalam kehampaan..ku tidak mahu kerana seseorang, semua orang terluka…terluka kerana kita….ku mahu berjumpa dengan seseorang itu dalam mimpi-mimpiku…lalalalala....

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 23 décembre 2010

---beautiful flower---


nAfsu mengatAkan perempuAn itu cAntik atAs dAsar rupAnya..
akAl mengAtakan perempuAn itu cAntik atAs dAsar ilmu dAn kepintArannya..
dAn…hAti pula mEngatAkan perempuAn itU cAntik atAs dAsar akhlAknya…

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 22 décembre 2010

---cinta blogger---

Cinta sesuatu perasaan yang dirasai oleh setiap manusia.perasaan yang lahir dari hati yang suci dan tulus..cinta pada pencipta,cinta ibu bapa,cinta pada sahabat-sahabat dan cinta pada insan yang berlainan jantina…
ilham hati warna warni …ku buat untuk cintaku..cintaku ini tidak wujud di dunia nyata,ianya berada di alam maya…pernah suatu masa ku terbaca entry mengenai cinta di dalam alam blog,cinta berputik di kala menulis entry....

Cinta blogger...ada kala dengan bahasa dan perkataan yang digunakan membuat sesiapa yang membaca terpesona dengan pemilik blog itu..kata-kata yang disusun membuat pembaca terasa dihargai dan disayangi….mungkin ku antara yang terkesima bila melihat insan yang ku ingin miliki membicara tentang cinta & sebuah perkahwinan…hati ini terasa jatuh cinta dengan cara penulisan,walaupun ku bukan insan yang selalu meneroka blog insan tersebut namun perasaan itu kuat untukku…mungkin suatu hari nanti bila ku bertemu cinta..dan cinta itu datang dari seorang blogger….hahahaha...ntah pape la aku ni...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 21 décembre 2010

hati saya tak tenang....

otak ni dh cm x leh berfungsi dah..x tau nk rasa ape..tp yg penting hati ni rasa cm ade benda yg x kne je..cm ade sesuatu je nak jadi..tapi x tau ape..

2,3 ari ni emo tahap dewa..pantang silap sikit, klu x air mata yang mengalir....huhu..xsuke! xsuke!

saya perlukan ketenangan saya kembali..saya x suka rasa cmni..pnat nk melayan hati ni..kesian kt mereka yang bertahan ngan emosi saya yg x menentu ni...hehehehe...

satu je jwpan yg saya nk cari..knp? sebab apa? tapi saya x jumpe juga...ntah la....

duhai hati..
jika ingin menangis...
bersuaralah..
jika ingin tertawa..
zahirkanlah..
usah mendera jasad yg menampung..
usah dibiar persoalan menggunung..
kerna hanya kau yang mengerti akan isi hati ini..

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

samedi 18 décembre 2010

syukur alhamdulillah.........

arini baru kesempatan tngok result....
syukur alhamdulillah...
berbaloi usaha saya kali ini...

tp......

nk dpt dean list tu lum tercapai lg....
ntah bile agak nye saya leh dpt dean list??
mgkin belum ader rezeki lagi tu...
tahun depan saya cuba usaha dengan lebih lagi ye....
insyaallah....

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 17 décembre 2010

debaran semakin kencang...

"debaran semakin kencangggggggggggggg!!!"
hehehehehe....
arini result utk final exam kuar...
eee....tkutnye!!!....
dah lah available kul 6 ptg lak tu...
lmbt la plak....
haish...x sbar2 rasenye nak tau.....
takut!!...gelisah!!...smuanye ader....

ntah bape la pointer yg aku dpt sem ni...
smlm smpai tmimpi2 lak tu...
alahai....
ntah pape la aku ni....
dah la tu...
kite tggu je ptg nnt....


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 15 décembre 2010

Amethyst


nak dijadikan cerita...
sambil2 berjalan2 di Shopping Mall...
kaki ter'stop' kat kdai jual jed & crystal..
kilauan mereka membuat aku tertarik untuk sentuh
dengan tangan aku sendiri...

*ni la yg dikatakan gatal tangan... ngeh3x... 

hati aku tertarik pada gelang crystal  yg berwarna ungu... 
walaupun aku lebih menyukai warna pink
tapi gelang itu berjaya menarik perhatian aku
walau agak mahal berbanding yg lain...

aku pun tak tahu la kenapa...
ringan je tangan aku nak beli...

aku tak tau la plak gelang tu ada kelebihan yg tersendiri..
aku beli sebab cantik... unik...

tapi masa amoi tu nak bagi aku
aku nampak dia letak dalam satu mangkuk tembaga
(lebih kurang la yg dipenuhi tulisan yg aku tak faham maknanya)

tiba2 hati tertanya sendiri!!

- penting ke kelebihan crysal pada gelang ni?
- selamat ke kalau aku pakai?
- tak terpesong ke akidah aku nanti?

soalan demi soalan berlegar di fikiran aku.... 

biar je lah...
aku beli sebab cantik dan aku tertarik pada
rekaan dan kilauan crystal ni...

dan aku tau...

namanya amethyst...

mula lah aku mengkaji... 

maka inilah penemuan aku...

Amethyst (Purple)
Develops psychic abilities - Calming - Sobering - Grief and pain relief - Yin

Amethyst is purple quartz, whose striking colour is caused by low-level natural radiation waves passing through Clear Quartz, turning it purple! Amethyst mainly occurs in Geodes (little caves with crystallization within), and in single crystals.

Mainly for the Third eye and Crown chakras, but helpful to all chakra's, Amethyst will send soothing lilac waves to any distressed being / cell. It is one of the best minerals in the world, along with Malachite, for physical pain relief from any area. Its ability to calm and balance the most hectic Third eye, means Amethyst is perfect for both: ‘warming up’ / settling for meditations and for addictions relief.

It is a perfect partner to help achieve inner peace and emotional balance, and it’s psychologically calming ability reduces the symptoms of many trauma / panic / anxiety related disorders. Amethyst is a powerful and gentle psychic awakener. It increases telepathy, angelic communication, ability to meditate, INTUITION + more, and protects against psychic attack.

Headaches, insomnia, nightmares, immune system, brain, ears, neck, sinuses and face.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 14 décembre 2010

seandainya dia milikmu....

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 
(Surah Muhammad, ayat 7).Gunakan seluruh pancaindera.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.  


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

dimanche 12 décembre 2010

segalanya terjadi dengan bersebab...!!

Segalanya terjadi bersebab kan?

ya, semua tahu akan kebenaran itu...
nak ayat yg lebih sedap telinga untuk didengar..
segala yg berlaku ada hikmahnya..

okay! accepted!

tapi untuk terima segala sebab serta hikmah disebalik
segala yg terjadi bukan lah sesuatu yg senang..
yup,,,
kata lebih mudah daripada dilakukan ..!

mahu berkata-kata adalah senang..
nak bg advice kat orang lain pun agak senang..
ayat umum yg biasa eardrum aku dengar...

" barsabarlah"

yes,, amat mudah mahu berkata begitu..
tapi agak2 kalau benda tu kena atas kepala sendiri
rasa2 boleh tak nak jadi sesabar tu?
haish penipu besar la kalau boleh..
kalau blh pun tak sepenuh hati...
ye tak??


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

lundi 6 décembre 2010

---salam maal hijrah 1432H---

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

~salam maal hijrah~ 
selamat menyambut tahun baru islam 1432H! mulakanlah lembaran baru dengan lebih bermakna..moga tahun baru nie membwa seribu satu keberkatan, keredhaan dan kebahagiaan buat kita...semoga tahun baru nie memberi rezeki yang melimpah ruah...jadikan tahun baru ini satu permulaan ke arah langkah kejayaan. 
  
Insyaallah... 

Amin..

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

dimanche 5 décembre 2010

andai ada cinta...

 Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan.. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….

1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. 

2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.
 

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?

4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 3 décembre 2010

cinta tak semestinya memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyeksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap-harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit yang menghiris dada…

Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan siakan cinta dengan beban yang berat.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 1 décembre 2010

...........


Diam ku,
Bukan bererti setuju dengan kamu.
Senyum ku,
Bukan bererti suka dengan tingkah mu.

Wajah mu terakam di mata ku. 
Dan aku fikir kamu itu ‘dia’. 
Rupanya aku salah. 
Kamu bukan ‘dia’ yang aku cari. 
Dipersilakan kamu pergi. 
Harap jangan datang lagi. 
Walau dalam mimpi.

Sungguh.

Aku tak sudi.

Ya..

Kamu sekadar ujian yang datang menguji.

Ya Allah, Ya Rahman. Ya Rahim. 
Peganglah hatiku dan jangan biarkan aku berpaling dari-MU.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 30 novembre 2010

-----my little star-----

Twinkle, twinkle, little star

How I wonder what you are!

Up above the world so high

Like a diamond in the sky

Twinkle, twinkle, little star

How I wonder what you are!


When the blazing sun is gone,

When nothing shines upon,

Then you show your little light,

Twinkle, twinkle, all the night.

Twinkle, twinkle, little star,

How I wonder what you are!


Then the traveler in the dark

Thanks you for your tiny spark,

He could not see which way to go,

If you did not twinkle so.

Twinkle, twinkle, little star,

How I wonder what you are!

 Current mode: Maybe you are too small to see but you are something special to me!


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

dimanche 28 novembre 2010

kerana cinta...

this is one of song that i love..hehehehe...best!!!....

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula..

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala..

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan..
 

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama.

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

------------------------------------------------------------------------------------------ 
Kerana Cinta : In-Team ft Mestica
------------------------------------------------------------------------------------------


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 24 novembre 2010

COKE AND SUNDAE


COKE.SUNDAE.COKE.SUNDAE.COKE.SUNDAE

Boleh ke Miss coke yg gagah perkasa berjumpa dgn Mr. Right yg lebih kuat daripada pujaan hatinya, The rock? Ada ke Mr. rightnya tu? bunyi macam pelik aje...
 
Mr Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... smpai kiamat la jawabnya. 

Tetapi kalau Miss Coke dan Mr Sundae bertembung... mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing! 

Sebabnya, Mr Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yg Mr Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yg tak perasan. 

Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dgn sundae? he he he... bacalah Coke and Sundae utk mengetahui kesudahannya.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

samedi 20 novembre 2010

Novembre 20,2010

ariniii............
berakhirnya final exam ku...
stelah btungkus-lumus study siang, mlam...
lega rasa hati ini
semua nya sdh selesai...
alhamdulillah....

cuti semester pun sudah bermula...
ari isnin ni aku dah nk blk umah...
"selmat tinggal hostel ku........"
-uniklmfi-
klu umurku pnjng...
thn dpn kita jupe lg....
bye!!bye!!!bye!!..=.=

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 18 novembre 2010

jommm studyyy....

kali ni, nak wat entry pendek jew..
 blh tak? =.=
mood sy dah kritikal. Kena study sehabis baik...
ngeee...ngeeee...ngee....
oleh yg demikian sy tepaksa stop skjp wat entry baru...
sbb nanti sy rasa serba salah terhadap buku2,nota2 sy.
mereka perlukan perhatian sy wat masa ini.
"ilham hati warna warni fayzanerosesz"
maafkan sy tpksa membiarkanmu sketika waktu...
huhuhuhu...

buku2,nota2.
i'm coming dear. =.=
kalau la blh sy terus ingt bila membaca kan bgus.
sekali baca je, tak pyh baca byk kali.
best kn kalu sy jd cam2....
hehehehe....

sbnarnye sy tnggal lg 2 paper je ni..

19 November 2010
(Friday)
Object Oriented Programming
-9.00 am-
Perdana Hall C - Seat No.13

20 November 2010
(Saturday)
Introduction To Materials Science
-4.00 pm-
Showroom 1 - Seat No.8

"Ya Allah kuatkn smngat sy utk blajar...terangkan hati sy ini, mudah kn lah sy fhm soalan yg diberi...dan kurnikan sy idea yg mncurah2 ketika sy meduduki exam nnt...
Ya Allah lulus kan lah sy dlm exam dan kurnikan keputusan yg cemerlang utk exam kali ini...."
amin...amin...amin....

x sbr rasanya dah nk abisss sem...
pas ni da start cuti semester....
dah2 tu...gi la study...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

saya mahu tidur

Manusia normal tidur pada waktu malam dan bangun pada awal pagi.

Tetapi saya : Ternyata tidak normal...nak tidur punya lah susah. Terdampar atas katil 2 jam pun belum tentu tidur. Kenapa? Ye la, dah kata timing tidur tu dah tak betul. erk! Bukan itu sahaja. Sepertinya diri saya ini memang sukar untuk tidur. mengapakah? Tak tahu...

Saya tak mahu jadi manusia tidak normal......

haish...tiba2 saya rasa ngantok...
baik saya tidur dulu...ZZzzzzzzzzzz.........


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 17 novembre 2010

mencari sahabat sejati yang setia

Aku mengasihi sahabat-sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku sama seperti aku mencintai sanak saudaraku . sahabatku yang baik seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baik ku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati . aku selalu berdoa agar dikurniakan sahabat sejati yang setia baik dalam keadaan susah ataupun senang . jika itu aku peroleh , aku berjanji aku selalu setia kepadanya . oleh itu aku hulurkan tangan pada sesiapa sahaja untuk berkenalan kerana aku merasa bahagia . semakin ramai aku mendapat sahabat , aku semakin percaya pada diri ku sendiri . tetapi ..Sehingga kini belum pernah aku berjumpa di dunia sahabat yang setia dalam duka . padahal hidupku sentiasa berputar - putar antara suka dan duka . kalau duka melanda , aku sering bertanya .. siapakah yang sudi menjadi sahabatku ? semasa aku senang , sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati sebaliknya apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


Aku dapat bergaul dengan bebas bersama orang lain ketika nasibku sedang baik . namun ketika musibah menimpaku , kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang ingin bersahabat dengan keadaan . jika aku menjauhikan dari  mereka , mereka menghinaku dan jika aku sakit , tidak seorang pun yang menjengukku . jika hidupku diliputi kebahagian , banyak orang iri hati . jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai seolah meraikannya . Tetapi jika tidak ku temui sahabat-sahabat yang beriman dan bertakwa lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku bergaul dengan orang -orang jahat dan berbuat maksiat .


Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki , hatiku lega , jiwaku bebas daripada bara permusuhan . ketika musuhku lalu dihadapanku , aku sentiasa menghormatinya . semua ini ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran . aku tunjukkan kemarahanku , kesopananku , dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci , sebagaimana kuperlihatkan hal itu kepada orang -orang yang ku cintai . manusia adalah penyakit , dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. tetapi menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturrahim.


Kadang- kadang aku terfikir mudah mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku , kerana bagiku dunia ini sudah hampir dari mereka . sehina - hina anjing , ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat tidak seperti manusia-manusia jahat yang selama-lamanya tidak akan memberi petunjuk . selamatkan lah dirimu jaga lidahmu baik - baik tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini. lebih baik aku bersendirian daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdaya . Selamat tinggal dunia jika diatasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji. Biarlah hidup bersendiri dan sebatang kara daripada khianati manusia yang tidak bermaruah.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 16 novembre 2010

Salam AidilAdha...


bila Unta dah x selera nk makan...

Kambing mula resah...

Lembu pura-pura gelisah...

Ayam jer nmpak cool!!

itu tandanye Hari Raya Korban dah nk dekat...

Selamat Hari Raya AidilAdha


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 11 novembre 2010

---motivation---

 " Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..
LIFE GOES ON... "

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

lundi 8 novembre 2010

i luv p!nkkk!!!

i luv pink forever and ever.....hAHAhA....
bcoz pink is da most cuter color in da world!!!!........
urmmmm.....bg aku pink je yg nmpak sweet antara color2 lain...
klu bleh smua bnda aku nk color pink...
ntah pape la aku ni...crazy agaknye kot...
ape la aku ni ckp diri sndiri crazy lak......
hAhAhahaaaaaaaaa...
ntahlah...
sometimes...
aku rase bile aku tngok je pink...
aku rase smngat la plak....
pastu ati aku jd tenang...
mcm2 la aku ni...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 4 novembre 2010

x der mood....

nk update something tp x tau nk mula cam ne...yg pasti..aku nk gak update blog ni....huhuhuhu...arini aku ingt nk gi tngok wayang...tp tibe2 je cam x der mood la plak...ntah pape la aku ni...ingtkn td nk relax kn otak la...mane x nye 2,3 ari tu cbuk ngan study math...subject yg lain2 x tngok pun lg....awal nye aku study math...hehehehe..exam nye lmbat lg...tp x pe la...baik study awl dari study last2 minit ni...aku ingat kn nk target math 'A' tp cam x ksampaian je...carry mark pun x smpai 50...sdhnye!!!!....tp x pe la da stakat tu je yg aku blh.. aku besyukur dgn aper yg aku dpt...yg penting time final exam nnt aku wat elok2..
bnyak mase lg nk study ni..cayook!!!cayook!!!cayook!!!...
dah3....cukup2 menaipnya ni...bila nya nak study kalau asyk ngadap tenet je... "kalau suruh on9, leh je berjaga sampai 1,2 pagi...kalau suruh main game, semangat je....cuba kalau suruh study...layu je mata tu kan....blur je ape yg di baca..hampeh betull"

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 3 novembre 2010

alhamdulillah.........

skrg ni aku happy je..xde la happy sgt...tp bolah la...syukur dgn permulaan yg baru ni....harap sgt keadaan ni akn kekal....rasa diri ni lbh tenang....lama x rasa prasaan camni...seolah2 cam hidup semula...
tp aku kena sentiasa beringat...kegembiraan tu xkan selama nya milik aku...itu sesuatu yg pasti...org ckp, klu hari ni kt happy sgt esk lusa pasti kt akn rasa sedih sgt...tp minta2 x camtu la...aku akn cuba bertahan dgn keadaan ni...insyaallah...kekuatan tu dtg dgn sendiri nya...
cuma skrg ni, aku runsing kan satu perkara....aku pun x tau nk luah cam ner...ntah lah...wpun ia  mengganggu jiwa aku, tp aku masih mampu bertenang dan tersenyum...syukur sgt2...alhamdulillah...
terima kasih Ya Allah...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

"examen final!!!"


dah sbulan lbh aku x update blog ksyangan ku ini...
rndu rasenye nk mcoretkn sesuatu...
almaklumlah sjak2 akhir ni bz ngan assignment+report dan mcm2 lg...
huhuhuhu.....huhuhuhu...huhuhu
hrm..skjap je mase berlalu...
next week aku da start "examen final"....
sem ni aku da sem 4...
7 paper je sem ni...16 credit hours smuanye....
cume yg msk final 4 paper je...hehehehe...heehehe...

   ******************************************************************************************
 Novembre 12,2010 
 (Vendredi)
-Engineering Mathematics 1-

Novembre 13,2010 
(Samedi)
-Electronics Communication-

Novembre 19,2010 
(Vendredi)
-Object Oriented Programming-

Novembre 20,2010 
(Samedi)
-Intdoductio to Materials Science-

******************************************************************************************
   
"Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku.
Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.
Ya Allah ,keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami malrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan 
mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu,wahai yang paling pengasih."

 smoga aku berjaya utk "examen final" kali ini
amin.........


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 24 septembre 2010

kecilnya hati mereka...

Rasa nak menaip...tapi tak tau nak bermula dari mana. Rasa nak bercerita, tapi tak tau nak cerita dengan siapa... Sekadar peringatan  buat diri dan sahabat-sahabat sekalian..

Samada kita sedar atau tidak....hati orang yang kita sayang dan orang yang sayangkan kita ni cepat terasa dan tersentuh jika berlaku sesuatu yang tidak disengajakan apatah lagi yang disengajakan. Setuju tak?? Kekadang kita tak perasan perbuatan atau percakapan kita akan memberi kesan kepada mereka.

Emak, merupakan seorang insan yang paling sensitif jiwanya. Tambahan dengan anak yang mereka sayang. 'Kenapa kamu dah lama tak telefon mak?' tanya mak saya suatu hari. Lama?? Sedangkan saya hanya ter'skip' satu hari. Mungkin kebiasaannya saya akan menelefon setiap hari, maka apabila satu hari tidak telefon menjadikan emak ternanti-nanti panggilan saya. Aduh....takut jika emak kecil hati dengan kita!!

Emak pernah bercakap dengan saya bahawa sebagai emak...harta dan duit bukanlah satu kewajipan baginya. Cukuplah jika anak-anak selalu datang menjenguk dan bertanya khabar. Mungkin ada di antara kita mewajibkan diri memberi wang kepada ibu dan ayah mereka setiap bulan. Alhamdulillah...teruskan. Cuma, di sebalik itu jangan lupa pulang ke kampung jika ada kesempatan untuk menziarahi mereka....dan hubungilah mereka selalu...

Ermm...entry kali ni takde kaitan dengan sesiapa, cuma sekadar berkongsi cerita....ingatan untuk semua dan diri saya sendiri terutamanya.

“ Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”
amin.......

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 23 septembre 2010

"tak mungkin berpaling..."

bosannyeeeeeeeeee!!!
erm x tau nk wt pe...
ngee..ngeeeeee..ngeeeeeeeee...
rase cam nk lyan lagu yg best2 la.........
tibe2 je nk dgr lagu "tak mungkin berpaling"
lagu yg dnyanyi oleh Zamani (Slam)...
jiwang la lagu ni...
dah bape kali dgar pun x jemu2...
ntah lah...
leh dkatakan tiap2 ari aku nk dgr lagu ni...
ape la dah jd ngan diri aku ini...
nk kate jatuh cinta, putus cinta,...x der la plak...
pelik la....huhuhu...
nk menghayati lagu ni jp la.........hehehe

****************************************************************************
 Tidak mungkin kuberpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu

Cukup sudah hati berdarah
Usah ditambah cerita yang sudah
Di mana kekasihmu
Yang pernah kau sanjungi
Mengapa pula padaku
Menjadi pelepas ceritamu
Dan jua sepimu

Usah menabur budi
Mengharapkan simpati
Sedangkan kau menitip
Cemburu iri hati 

Tak mungkin kuberpaling
Padamu yang meracuni
Rimbunan kasihku
Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
 

Kerana mu tak lagi mengerti hatiku
Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana fitnahmu
 

Walau segunung sesalmu
Tak mungkin kukembali
Cukuplah sekali
Kejelekanmu
Menggamit pilu

Tidak mungkin kumaafkan lagi
Salah sangka yang direncanakan
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu
Sepenuhnya........


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 21 septembre 2010

"air mata......"

YA ALLAH!!!!
knapa ye...???
hati aku sdh tul ari ni...
tibe2 je air mata ku mengalir...
aku pun x tau ape yg bmain dpkiran otakku ini...
nape la dier wat aku cam ni...
rasenye aku x der wt slh pun ngan dier
mgkin dier da lupe kt aku kot...sbg best frenz yg dier sanjung2 slame ni...
 dah b'thn-thn kwan pun..tibe2 cam ni jdnye...
sblum ni dier x pnah wat aku cam ni...
blh dkatakn x pnah lukakan ati aku...dan mcm2 lg la...
ssh-sng same2...
tp skng ni....
ntah laaaaaaaaaaaaaaaaa..... 

seperti mahu mengalah dlm segala hal..


penat......


penat........

dan......................


penat...

YA ALLAH!!!
berikan lah ku petunjuk... 
untuk memahami kehidupan ini...
kuatkan lah smangat ku...
agar tabah menghadapi cabaran dan dugaan ini....
amin.....

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

samedi 11 septembre 2010

salam aidilfitri.....


anyway....

nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI wat family tercinta..
maaf zahir & batin...

damm !!! dumm !! damm !!!
( bunyi merochon )


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 7 septembre 2010

...go home tommorow!!!...

...go home tommorow!!!!!....go home tommorow!!!...
best nye dpt blk umah...
x sbar rase nye nk jupe buah hati yg t'cinta...hahahaha
ayah...mak...adk-adkku..dan semua org yg ader kt umh tu...
rndu nye kt mereka2 ni...
rndu nk rase maskan mak...
sdp nye klu dpt makan asam pedas ngan tomyam...
favourite aku tu...ngeee..ngeee....
dan yg terakhir kali nye...
dpt b'buke pose kt umah...ngee..ngee..ngeee...
skjap je mase b'lalu...dah nk abis bln ramadhan pun.....
blan yang penuh keberkatan dan pengampunan dariNya......
 sesungguhnya ketika bulan Ramadhan sahajalah 
 segala limpah pahala akan diberikan yang mana
 segala amal ibadat akan digandakan, 
 yang mana ini tentu akan menjadi berita baik bagi yang 
ingin mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa...


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com