Geram bila apa yang dicari tak dijumpai
Bertambah geram bila yang dijumpai tak menepati kehendak diri
Sakit hati bila kemahuan tak dapat dipenuhi
Bertambah sakit hati bila akhirnya semua pun tak jadi
Lantas kau tanya pada diri sendiri
'Kenapa semua ini terjadi?'
Sakit hati bila kemahuan tak dapat dipenuhi
Bertambah sakit hati bila akhirnya semua pun tak jadi
Lantas kau tanya pada diri sendiri
'Kenapa semua ini terjadi?'
Jawapannya mudah sekali
Kerana...'kesempurnaan' yang kau cari
mana mungkin kau kan temui
Seringkali kau harus ingatkan pada diri
bahawa tiada yang sempurna di dunia ini
Melainkan Dia Ya Rabbi..
Kerana...'kesempurnaan' yang kau cari
mana mungkin kau kan temui
Seringkali kau harus ingatkan pada diri
bahawa tiada yang sempurna di dunia ini
Melainkan Dia Ya Rabbi..
Belajar untuk tidak terlalu mengejar kesempurnaan bukan bermakna kita harus berhenti dari mengejar yang terbaik. Tapi hakikatnya yang terbaik itu tetaplah juga ada kekurangannya, walaupun sedikit. Belajarlah untuk menerima ketidaksempurnaan...kerana kita insan biasa...
Tweet