vendredi 13 janvier 2012

Antara Impian dan Ujian

“Apa impian kamu apabila dewasa kelak?”
“Sudah tercapai ke impian kamu?”

Setiap insan di muka bumi ini mempunyai pelbagai impian dan harapan yang tersendiri. Sedar atau tidak, impian inilah yang kadang kala memandu kita untuk mencapai apa yang kita mahu dan memberi semangat untuk seseorang itu meneruskan perjalanan.

Impian yang sering kali kita harapakan kadang kala susah untuk kita laksanakan apatah lagi untuk dicapai. Sedangkan kita telah memiliki satu strategi dan pelan perlaksanaan yang begitu terperinci. Tetapi, mengapa kita masih gagal melaksanakannya? Cuba kita renung kembali, dimana kesilapan kita. Adakah kegagalan ini berpunca daripada kerapuhan strategi kita ataupun kerana sikap kita sendiri?

Impian yang telah dirancang dengan begitu rapi itu sering kali gagal untuk dilaksanakan juga. Ikhtiar demi ikhtiar telah kita cuba namun hakikatnya, usaha itu masih belum membuahkan hasil. Allah tidak akan mengkabulkan sesuatu permintaan hamba-Nya dengan mudah tetapi Allah turunkan pelbagai ujian kepada hamba-Nya untuk menguji sejauh mana mereka bersama Allah. Ayuh kita renung kembali sirah perjuangan Rasulullah suatu ketika dahulu. Baginda amat mengimpikan agar Islam terus tersebar ke seluruh pelosok dunia ini. Tetapi, sepanjang Baginda memperjuangkan Islam. Allah menurunkan pelbagai ujian demi ujian terhadap baginda sepanjang merealisasikan impiannya untuk melihat Islam terus berkembanng ke serata dunia. Allah telah berfirman didalam Al-Quran ;

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
(Surah Al ‘Ankabut : 3)


Allah menurunkan ujian terhadap hamba-Nya bukan untuk menggagalkan impian setiap hamba-Nya tetapi Allah curahkan ujian demi ujian ini untuk melihat sejauh mana pergantunggan kita terhadap Allah. Ini adalah tanda bagaimana Allah begitu kasih terhadap kita. Ujian inilah merupakan penghubung yang sangat kuat antara kita dengan-Nya. Kita telah diberikan satu formula yang amat berkesan iaitu ‘Usaha+Doa+Tawakkal’. Ini adalah formula yang terbaik dalam kita memastikan impian kita dapat terlaksana. Adakah kita mempraktikkan kataupun tidak? Lihat kembali diri anda..


 Setiap insan dimuka bumi ini mempunyai 1001 impian dah harapan tetapi impian itu tidak akan dapat dikecapi sekiranya kita tidak kembali kepada Maha Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Setiap impian yang diimpikan itu pastinya akan disulami dengan pelbagai warna ujian daripada-Nya dalam memastikan impian yang bakal kita kecapi suatu masa nanti adalah impian yang benar-benar memberikan kenikmatan dan kepuasan yang tidak terhingga. Dan ingatlah, impian yang seharusnya ditanam dan disemai dalam diri kita adalah untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang baik dan bakal menjadi tetamu Syurga yang kekal abadi kelak. Insyaallah....

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com