Macam-macam yang aku inginkan. Macam-macam yang aku takutkan. Tapi pernah aku meminta dariNya? Kadang2 aku sendiri alpa.
Ampunkan aku Ya Tuhan.
Aku takut dengan hari esok. Kerana dosa hari ini yang memberikan ketakutan itu.
Aku impikan bahagia hari esok, tapi diri sendiri alpa akan punca kebahagiaan itu.
Bagaimana kau mahu bahagia sedangkan kau lupa padaNya?
Bagaimana kau mahu gembira dan tenang sedangkan kau jauhkan diri dariNya?
Ampunkan aku Ya Tuhan..
Aku hambaMu yang hina,
Sering tersasar dengan gembira yang hanya datang sementara. Membuatkan aku lupa akan bahagia yang akan tiba jika aku mencarinya.
Aku sendiri yang sering lupa di saat aku gembira untuk seketika.