lundi 3 janvier 2011
bila hujan turun...
Baru sekejap tadi hujan turun renyai-renyai. Tapi sekarang dah berhenti. Cuaca pun mendung lagi...Mcm nak hujan lagi. Bila saya duduk dalam bilik sorang-sorang, saya suka kalau hujan turun. Duduk tepi tingkap, sambil perhatikan titis-titis jernih yang jatuh ke bumi. Rasa seronok sangat. Tapi kadang-kadang saya benci hujan. Bila saya nak jemur baju, tapi hujan tak nak berhenti. Saya tak suka kain saya basah. Tapi saya bukannya ada kuasa untuk kawal hujan. Hujan tak turun bila saya suka dan berhenti bila saya benci. Hujan akan turun bila masa yang sepatutnya dia turun dan berhenti bila masa sudah tiba. Semuanya mengikut aturan Yang Maha Kuasa. Dan Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik..sama ada saya suka atau tidak...terima seadanya :)
Tweet
" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."