mardi 28 juin 2011

Angan-angan

Semua manusia pernah berangan. Dan punya angan-angan. Lumrah kehidupan lah kan. Sebagai seorang manusia, pasti akan ada angan-angan dalam hati mereka. Angan-angan aku terlalu banyak. Ya. Aku memang manusia yang penuh dengan angan-angan. Sentiasa angankan kesempurnaan dalam hidup, walhal aku tahu hidup memang tak kan pernah sempurna. Aku sendiri tak sempurna. Tiada seorang pun manusia di muka bumi ini yang sempurna. Jadi, memang mustahil untuk aku mengangankan sesuatu yang sempurna. 

Aku angankan hari yang lebih baik esoknya. Hidup yang lebih baik dari sebelumnya. Kerana hidup amat sukar untuk di tafsir, apatah lagi untuk di jangka, Aku hanya mampu meletakkan angan-angan sebagai pembakar semangat untuk aku hidup di kehidupan yang sedang menanti aku.

kadang-kadang, angan-angan aku juga membuat aku berfikir sendiri. memberikan aku pelbagai persoalan. Tentang apa yang aku mahu dalam kehidupan. Tentang bagaimana aku definisikan kebahagiaan.

Aku mengangankan kegembiraan, kebahagiaan, dan kesempurnaan. Walaupun aku tahu, mustahil untuk semua itu hadir dalam kehidupan.
 

Kenapa aku mesti beratkan fikiran berfikir tentang soal hidup? kenapa aku harus berangan-angan? Kerana aku terlalu kecil di dunia ini. Dunia yang sentiasa ada jatuh dan bangun. Sentiasa akan ada dugaan dan ujian. Kerana aku takut akan kehidupan aku di masa akan datang. Mungkin hari ini aku mengangankan sesuatu, mungkin angan-angan itu tidak akan jadi kenyataan. Mungkin sebaliknya akan berlaku. Wallahualam.

Apa yang aku mampu lakukan, Hanya mengangankan sesuatu yang amat aku inginkan.

tapi hakikatnya, aku terlalu kerdil untuk berjuang di sini. Seolah-olah, aku rasakan seperti ada bayangan besar yang akan menghempap kehidupan dan angan-anganku itu.



Wallahualam.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com