Nabi Muhammad S.A.W: "Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah."(riwayat Ahmad)
Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, cari dan kahwinlah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua mencintainya supaya terisi makna cinta sebenar.
Berpasangan dan cinta adalah naluri manakala nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, pasti diburu penyesalan sepanjang hayat.
Cinta adalah sebahagian fitrah manusia. Orang yang tiada perasaan cinta adalah tidak normal, namun ramai juga yang menderita kerana cinta.
Bercinta tidak salah diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredhai Allah. Apabila kita membetulkan niat, kita mestilah menjadikan diri kita solehah supaya orang yang soleh akan ditemukan Allah.
Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang, namun Allah jadi penentunya. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh baik menurut Islam.
Tweet