hari ini hati aku nak citer sikit pasal menilai manusia..kerana ini yang tengah di pendam buat masa ini..andai hati ini tersalah tafsir mintak diperbetulkan lah wahai sahabat-sahabatku yang baik hati dan semoga korang semua di berkati allah..insyaallah
jadi..dalam kita menilai manusia ini..kita boleh berkata seribu bahasa apabila kita hanya memandang dari segi luaran.tapi apabila kita memandang dari segi luaran dan dalaman...mungkin kita boleh berkata sejuta bahasa mungkin...
di situlah kuatnya ayat ini
"tak kenal maka tak cinta"
dengan keyakinan jari jemari aku yang sedang mencoret laju ini yang tiada samar-samar,aku cuba menguatkan kata-kata ku ini dengan mengatakan walaupun pandangan luaran itu adalah "first impression dalam menilai seseorang"dengan izin!!macam dalam parlimen pulak!!!...hahaha..hehehe..huhuhu...tapi mungkin tidak banyak yang kita akan ketahui kerana itulah yang terlibat berasa kecewa....
apabila di cerca membabi buta.
bagi menguatkan fakta aku ini..aku cuba kaitkan sedikit dengan dunia kehidupan aku,aku ada kawan yang macam-macam..yang sosial yang tak sosial..ada yang kata girl skang ni kalau bertudung pun belum tentu dia baik,boy berkopiah belum tentu baik juga.yang nakal-nakal tu walaupun nakal tapi hati dia kita tak tahu dan macam-macam lagi..payah juga nak dirungkaikan..jadi kalau hendak rungkaikannya kenalah mendalaminya.dan bila mendalaminya kita akan dapat jawapannya..setiap orang ada kebaikan dia yang mungkin kita tak menyangka itulah seni kehidupan ini..tepuk dada tanya hati..
akhir kata janganlah cepat menilai seseorang manusia sejuta bahasa dan terus membuat kesimpulan andai kata kita tidak pernah nak mendalami tersurat dan tersiratnya,wat tambah dosa saja,puji-puji takper...haha...kerana bagiku luaran ini sangat banyak kepuraan,tapi dalaman belum tentu kerana "HATI"tuan-tuan dan puan-puan semua susah hendak menipu....
..that's all..
Tweet