dimanche 25 juillet 2010

impianku....

Impianku…
menjadi wanita solehah
seperti Hajar yang tabah…

Impianku…
menjadi wanita solehah
hiasan duniawi yang terindah
lemah tak bererti kalah
sopan lambang gaya muslimah
indah budi pekerti
dipenuhi sifat mahmudah

Impianku…
menjadi wanita solehah
hidup dalam ketaqwaan
mati dalam keunggulan iman

bersinar indah, harum tersebar
bagai wangi pusara Mashitah…

Mampukah aku menjadi wanita solehah…?
seperti Rabiatul Adawiyah
dan juga Siti Khadijah…
aku hanya insan yang lemah
dalam menempuh tipu daya duniawi
pengharapanku hanya Allah

Oh Tuhan…
kuatkanlah hati ini
bantulah hamba-Mu ini
dalam mencpai impian yang suci..

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

-K.I.T.A-

kita dilahirkan dengan sepasang mata di depan,
oleh itu, seharusnya kita sentiasa memandang sesuatu yang berada di hadapan kita..
kita dilahirkan dengan sepasang telinga, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan ,
sehinggakan kita mampu mendengar dari 2 sisi dan 2 arah..
dan mampu mendengar mana satu pujian mana satu kritikan dan kita juga mampu mendengar yang mana salah dan yang mana benar..

kita dilahirkan dengan sepasang mata dan sepasang telinga namun cukup dengan satu mulut.......
ini kerana mulut adalah senjata yang paling tajam ,
yang dapat melukai, memfitnah, bahkann membunuh..
dengan itu lebih baik berbicara dan bnyakkan mendengar dan melihat.

namun begitu, kita dilahirkan dengan satu HATI yang sentiasa mengingatkan kita,
supaya menghargai dan memberikan cinta dan kasih dari dalam lubuk hati..
belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai ,
tetapi jangan sesekali mengharapkan orang lain mencintai kita dengan cara dan sebanyak mana cinta yang telah kita berikan...

berikanlah CINTA tanpa mengharapkan sebarang balasan , insyaallah satu hari nanti kita akan menemukan sesuatu yang lebih indah dalam hidup ini...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com