vendredi 24 septembre 2010

kecilnya hati mereka...

Rasa nak menaip...tapi tak tau nak bermula dari mana. Rasa nak bercerita, tapi tak tau nak cerita dengan siapa... Sekadar peringatan  buat diri dan sahabat-sahabat sekalian..

Samada kita sedar atau tidak....hati orang yang kita sayang dan orang yang sayangkan kita ni cepat terasa dan tersentuh jika berlaku sesuatu yang tidak disengajakan apatah lagi yang disengajakan. Setuju tak?? Kekadang kita tak perasan perbuatan atau percakapan kita akan memberi kesan kepada mereka.

Emak, merupakan seorang insan yang paling sensitif jiwanya. Tambahan dengan anak yang mereka sayang. 'Kenapa kamu dah lama tak telefon mak?' tanya mak saya suatu hari. Lama?? Sedangkan saya hanya ter'skip' satu hari. Mungkin kebiasaannya saya akan menelefon setiap hari, maka apabila satu hari tidak telefon menjadikan emak ternanti-nanti panggilan saya. Aduh....takut jika emak kecil hati dengan kita!!

Emak pernah bercakap dengan saya bahawa sebagai emak...harta dan duit bukanlah satu kewajipan baginya. Cukuplah jika anak-anak selalu datang menjenguk dan bertanya khabar. Mungkin ada di antara kita mewajibkan diri memberi wang kepada ibu dan ayah mereka setiap bulan. Alhamdulillah...teruskan. Cuma, di sebalik itu jangan lupa pulang ke kampung jika ada kesempatan untuk menziarahi mereka....dan hubungilah mereka selalu...

Ermm...entry kali ni takde kaitan dengan sesiapa, cuma sekadar berkongsi cerita....ingatan untuk semua dan diri saya sendiri terutamanya.

“ Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”
amin.......

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Aucun commentaire:

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com