Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyeksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap-harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit yang menghiris dada…
Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan siakan cinta dengan beban yang berat.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire