mercredi 26 janvier 2011

alhamdulillah....

Ketika sampai hari ini, syukur, Alhamdulillah.
Kerana aku masih lagi menjadi manusia di muka bumi Allah.


:)

Hidup tak semestinya bergantung kepada sesuatu perkara. Utamakan DIA melebihi segalanya.


:)


Insyaallah~ Aku cuba,


Syukur kerana aku masih lagi ada ketika ini...


:)

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 25 janvier 2011

bila teringat...

bila teringat, aku tersenyum.
bila teringat, aku menangis.
bila teringat, aku ketawa.
bila teringat, aku sedih.

semua itu adalah satu peninggalan ingatan,
pengajaran dalam proses pembelajaran hidup.
manusia sentiasa menjadi pelajar dalam hidup,
pengalaman dan kesilapan, mereka itu adalah guru.

walaupun, aku teringat,
biarpun, aku sering teringat,
 
tidak ada satu perkara pun yang mampu,
untuk buat aku kembali ke masa yang telah berlalu.
 
bila teringat, aku hanya mampu bersyukur.
syukur, kerana aku masih lagi seorang pelajar di sini,
syukur kerana aku ingin mencari jalanNya.
 
bila teringat, Jangan lupa DIA.
DIA sentiasa ada.
 

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

current song

There's so much songs that playing in my mind now. Biasa lah, lagu ikut mood. But, ntah. 

Tak tau kenapa.

Currently, Now playing: Innocence
.

heee....saja je....


Waking up I see that everything is ok
The first time in my life and now it's so great
Slowing down I look around and I am so amazed
I think about the little things that make life great
I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

This innocence is brilliant
I hope that it will stay
This moment is perfect
Please don't go away
I need you now
And I'll hold on to it
Don't you let it pass you by


I found a place so safe, not a single tear
The first time in my life and now it's so clear
Feel calm, I belong, I'm so happy here
It's so strong and now I let myself be sincere
I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling
  

It's a state of bliss, you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry

It's a state of bliss, you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry

It's so beautiful it makes you wanna cry

This innocence is brilliant, It Makes you want to cry
This innocence is brilliance Please don't go away
Cause I need you now
And I'll hold on to it, Don't you let it pass you by


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 20 janvier 2011

- kerana DIA, maha mengetahui -

Ajal maut, Jodoh pertemuan, Semua itu ketentuanNYA. Ketentuan yang telah ditulis, yang telah tersurat. Dan hanya Allah, Yang Maha Mengetahui segalanya. Hidup ini sentiasa adil.
Jangan sekali mengucapkan ungkapan "Hidup ini tak adil". Biarpun hidup tak sentiasa jadi seperti yang kita inginkan, tetapi, sesungguhnya Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Putaran roda dalam kehidupan menjadikan hidup ini adalah adil. Ketawa lawannya menangis. Suka lawannya duka. kejayaan lawannya kegagalan. Bila kita ketawa, kita akan menangis. Bila kita berjaya, satu hari nanti kita akan gagal. Tapi, disebalik tangisan dan kegagalan itu, kita juga akan kembali ketawa dan berjaya juga. Roda sentiasa berputar. dan manusia tidak selamanya berada di atas, mahupun di bawah.

Itulah bukti, bahawa hidup ini adil. Allah Maha Adil. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba hambaNYA. Setiap kesedihan akan dihadiahkan dengan kegembiraan, dan setiap kegembiraan itu akan diselitkan dengan kesedihan. Supaya, kita tidak jauh dariNYA. Supaya kita sentiasa mencari ketenangan dariNYA. Supaya kita mencari jalan untuk dekat padaNYA. 

Allah Maha Mengampuni. Selagi nyawa masih ada, selagi itu kita masih berpeluang untuk memohon keampunan dariNYA. Biar apa pandangan orang lain terhadap kita. Kita tidak akan berjaya untuk mengawal pemikiran dan pandangan setiap hamba Allah yang ada di dunia ni. Walau apa pun kehidupan yang kita pernah lalui, sesungguhnya, Allah sentiasa bersama kita. 

Jodoh...Semua orang tau, Jodoh pertemuan, Allah tentukan. Cuma bila dan siapa, kita memang tak akan tau sehinggalah sampai masanya. Setiap manusia, ada hati dan perasaan. Wujudnya perasaan sayang dan cinta yang ada dalam hati, memang tak dapat kita nafikan. Sebagai manusia yang normal, perasaan begitu ada dalam hati kita. Ada yang bercinta, tapi tak kesampaian. Ada juga yang dah kahwin, tapi terputus juga di tengah jalan. Bila fikir balik, memang lah takut. Sebab, kita tak tau apa yang akan berlaku. kan? tapi, apa pun, kita kena sentiasa ingat. Kerana DIA, Maha Mengetahui. Kuatkan hati, kuatkan semangat. Walau macam mana jatuh sekalipun, Allah sentiasa ada. Kita sebagai hambaNYA,hanya mampu sentiasa berdoa. Doa, supaya kita dekat denganNYA, dan diberi ketenangan.. Soal hati dan perasaan, dan cinta, Kuatkan dalam hati and percaya, that ALLAH knows and see everything.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 19 janvier 2011

kosong.....

type....

delete....

type....

delete...

ahhh....memang x der cerita....hihihhihi....

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 18 janvier 2011

ikut kata hati...

Saya nampak awak
Saya nak tegur awak

tapi hati saya kata...

Jangan!!!

Saya pun ikut kata hati saya.

Sebab saya tahu..

hati saya tak pernah tipu...hihihihi...

Diam itu lebih baik. Kan?

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

samedi 15 janvier 2011

F.E.E.L.I.N.G

"One of the hardest things in life is having words in your heart that you can't utter."
                                                                   -James Earl Jones- 
 
Sakit juga kan bila memendam sendirian. But not everything boleh dilafazkan dengan kata-kata. Kadang-kadang diam tu lebih baik. Walau sekuat mana pun hati menanggung..but still it's the best things to do. Hidup..bukan hanya apa yang kita rasa..tapi banyak benda lain yang kita kena timbang sama. But sometimes, we really hope that orang akan faham kan...tahu apa yang ada dalam hati kita walau tak diterjemah dengan kata-kata. Haihh..mana mungkin, sebab mereka pun manusia biasa. Sama macam kita.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 14 janvier 2011

Yang terbaik..DIA lebih tahu..

 
"Apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir" 


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 12 janvier 2011

January 12, 2011

Dah 3 hari klas berlalu...
penat sungguh semester ni...
tension nye!!!rasa cam nak bhenti je....
hehehehehe....
sabar je la...tnggal lagi 3 semester je...tu pun klu tak sangkut paper la...
ingat nak amik 3 thn stgah....tak ksh la....
janji result aku cemerlang....

ariniiiiiiiiiiii......
nak dijadikan cerita....
tghhari td aku ada klas math...blk dari klas math...terasa penat sngat...
pas je solat zohor aku ttdo...
bila tersedar dah kul 3.45 ptg......
tngok2 ada miscall dari eny ngan shue...
dah lah kul 4 ptg ader klas "Professional Communication 1"
nsb baik tersdar...klu tak, tak gi klas la jawabnye..
bila dah smpai klas miss noranisah dah msk klas...
dah lah combine ngan course ACIR ngan MTM...
hehehe....

dah msk klas miss noranisah suh wat something...
dier suh kluarkn skeping kertas...pastu dier suh tulis nickname masing2...
stiap org kna wat....tulis dgn skali characteristic  masing2 
tp dier nk ader kaitan ngan first letter... 
cam name aku kat bwah ni...

"Youngest Yanie"

ader la sorang mamat ni...dier dpt name aku...
pastu miss noranisah suh la dier tnya soalan kat aku...
bleh plak dier tnya aku soalan cam ni....
"Are u still single"
aku jwab "no"
sdngkan aku still single....hahaha
x der makna nye nak jwb yess....
dah la ramai kat dalam klas tu..
malu nye!!!
hahahaha....
kelakar pun ada......
dah pnat mnaip ni...nak tdo la jp gi.....
Zzzzzzzzzzzzzzz........


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

samedi 8 janvier 2011

menanti esok

Tomorrow, I'll be going back to Bangi untuk meneruskan perjuangan. Hopefully everything will be going just fine..Insyaallah. Dan kali ni saya tahu yang saya kena berusaha bersungguh-sungguh dari sebelum ini. Jalan ni bukan mudah. Even belum bermula pun, dugaan dah datang melanda. And I know that there will be more coming. But, Insyaallah, I'll stay strong...

Sekarang ni perasaan saya antara excited. Excited sebab dah masuk fifth semester. A lot of new things to learn. Then excited juga nak tengok siapa yang akan jadi roomate saya. hehehe....Harap semuanya ok-ok... Excited juga nak jumpa kawan-kawan. Mesti dieorang rindu kat saya kan  hehe...Ermm..excited juga nak jumpa abang angkat saya...rindu plak kat dier...ntah2 dier tak rindu kt saya pun...sedihnya!!!..biar je la. Yang paling penting nak tau lecturer mana yg ajar saya semester ni...

Dan esok juga saya dihantar oleh family. Kenapa saya tak boleh pergi sendiri naik train eh? Padahal kawan-kawan saya yang lain rileks je balik sendiri. Adakah saya ni terlalu manja atau dimanjakan?..tapi...mmg saya manja pun....hahaha...

Ermm..apa lagi yerk? Barang tak kemas lagi ni. Apa dah jadi ngan saya ni...Malas betul lah....dah la tu...gi la kemas apa yg patut.....huhuhuhu....

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 7 janvier 2011

teman terbaikku...



- daus -
- iskandar -
- izzuddin -
- azrul aminur rashid -
- taufiq -
- eny darwish -
- faisal -
- kamal hakim -
- man -
- zarif shafiq -

nak dijadikan cerita....mase aku on9 fb td...
aku ternampak application ni kt home fb...
pastu aku berminat nak wat application ni...
saje jer suka2...
nk tau sape "teman terbaikku" selama ini...
hahahaha....
x sangka la plak kuar face2 dieorang ni...
dah lah semuanye 1 klas ngan aku......
pas tu abg angkat aku pun tersenarai jgk.....
rangking no.2 lak tu....hehehe
lagipun application ni automatic...x leh ubah2 dah...
bile dah tag kt dieorang mcm2 la komen...
ngee...ngeee...ngeee...
sayanggggggg kamu semuaaaaaaaaaaa....

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 6 janvier 2011

sometimes...

Kadang-kadang saya tertanya
kenapa tak ada satu pun yang mudah untuk saya
semuanya...ada saja halangan
jangankan hendak berlari,
nak melangkah pun tertahan
bukan saya tak cuba untuk bersabar
yakinkan diri semua ini ada hikmahnya
tapi saya juga manusia biasa
dan air mata ini tetap jatuh jua...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

perasaan ini....

Pelik kan..kadang-kadang bila kita mahukan sesuatu, sangat-sangat..tapi dalam hati kita menyedari yang ia seakan-akan mustahil. Kita tahu mana letak diri kita, kita sedar siapa diri kita, dan kita tahu sekali antara realiti dan fantasi. Tatkala hati mahu melepaskannya pergi..jauh..biar bebas dari belenggu mimpi, namun diri tak rela. Diam-diam masih menaruh harapan, diam-diam masih menyimpan impian, diam-diam masih ada sedikit keyakinan..

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

lundi 3 janvier 2011

bila hujan turun...

Baru sekejap tadi hujan turun renyai-renyai. Tapi sekarang dah berhenti. Cuaca pun mendung lagi...Mcm nak hujan lagi. Bila saya duduk dalam bilik sorang-sorang, saya suka kalau hujan turun. Duduk tepi tingkap, sambil perhatikan titis-titis jernih yang jatuh ke bumi. Rasa seronok sangat. Tapi kadang-kadang saya benci hujan. Bila saya nak jemur baju, tapi hujan tak nak berhenti. Saya tak suka kain saya basah. Tapi saya bukannya ada kuasa untuk kawal hujan. Hujan tak turun bila saya suka dan berhenti bila saya benci. Hujan akan turun bila masa yang sepatutnya dia turun dan berhenti bila masa sudah tiba. Semuanya mengikut aturan Yang Maha Kuasa. Dan Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik..sama ada saya suka atau tidak...terima seadanya :) 
" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

dimanche 2 janvier 2011

kadang-kadang...

Kadang-kadang benda kecil yang kita buat
bagi kesan yang cukup besar pada orang lain

Jadi...

Janganlah malu untuk membuat kebaikan
walau cuma sebesar zarah sekalipun

Siapa tahu, akan ada hati-hati yang merasa cukup bahagia
dengan apa yang kita bagi pada mereka
walau pada kita benda itu bukanlah apa-apa
tapi bagi mereka cukup besar ertinya...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

samedi 1 janvier 2011

Selamat Tahun Baru....


2010...."tinggal kenangan"
Jadikan segala suka dan duka yg dlalui thn lepas...
sebagai penguat untuk merealisasikan Azam baru thn ini...
 cepat sungguh masa berlalu
pejam-celik...pejam-celik...pejam-celik
dah pun masuk tahun baru....
Agak ketinggalan utk wish slmat thn baru...
bgaimanapun idup still kna truskan....
 erm aku still dengan azam yg lame...juz ader ckit tambahan...
study x leh nk main2 cam dulu dah....
kna la study leklok...chaiyok!!!....
Insyallah......
kita merancang Allah mnentukan segalanya...

"..Selamat Tahun Baru..2011.."

semoga 2011 dapat memberi aku
kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini
dan semoga 2011
aku perolehi kejayaan, di murahkan rezeki
dan semoga impian yang aku impikan selama ini tercapai..!!
amin.......

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com