Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
"Dia Tidak Pernah Mengecewakan Kita"
Dia tu sape?Dia tu Allah yang telah menciptakan kita dan yang mengaturkan segala takdir buat kita. Sememangnya kita takkan dapat tahu Dia itu bagaimana rupanya sehinggalah sampai satu saat diakhirat kelak. Namun, sebagai hambaNya yang telah mendapat segala bentuk takdir, kita jarang hendak melahirkan sepenuh perasaan cinta kita kepadaNya.Mungkin sebab manusia hanya cinta pada yg zahir sahaja, maka susah hendak memupuk cinta yang satu ini..
Jika difikirkan, kita hanya mencariNya bila perlu dan ketika dalam kesusahan.Ketika dunia kita penuh dengan pelangi yang indah, sgt jarang untuk kita mengingatinya dan sujud sepenuh hati kepadaNya.Tapi, Dia tidak pernah melupakan kita.Dia sentiasa mencari kita. Mesti Dia sedihkan??
Dalam hidup ni, kita hanya menghargai orang yang berjasa kepada kita je. Memberikan hadiah, mengucapkan kata-kata yang indah dan menyayangi manusia itu sepenuh hati kita. Tapi, kita jarang sekali menghargai Dia, beromantis denganNya dan mencintai Dia dengan seluruh jiwa raga kita. Sedangkan Dia sentiasa mengurniakan rahmat dan kasih sayangNya buat kita. Tak patutkan kita buat mcm tu??
Ketika kita tiada sesiapa di sisi, Dia ada di samping kita.
Ketika kita perlukan kekuatan, Dia ada untuk menguatkan kita.
Ketika kita dalam kesesatan, Dia ada untuk membimbing kita.
Ketika kita kesedihan, Dia ada untuk menghiburkan kita.
Ketika kita dalam kesusahan, Dia menawarkan pertolongan.
Ketika kita dikecewakan oleh manusia, Dia tidak pernah mengecewakan kita.
Dalam kita membuat dosa, Dia tidak pernah meluputkan keampunanNya.
Dalam kelalaian kita untuk beribadat, Dia tidak pernah terus menghukum kita.
Dalam kita kufur dengan nikmatnya, Dia tidak pernah lupa memberikan rezeki buat kita.
Sebab Dia tidak suka mengecewakan kita..
Maka, seindah-indah cinta, bila kita mencintaiNya.
Kerna Dia yang layak untuk dicinta..
Dia yang sempurna segalanya, tidak pernah membenci dan tidak pernah menzalimi..
Wallahua'lam..
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire