Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Lama tak update my bloggy. no idea. Ini bukan kaitan perasaan aku pada seseorang.
cume movie semata-mata. hihihi...movie ni baru-baru ditayangkan pada 21 Jun lalu, kiranya aku dah ketinggalan..hahaha..mmg nak tengok kat wayang pun, tapi masa tak mengizinkan. hari ni tiba-tiba rasanya cam nak tengok plak. download sendiri jer..huhuhu..dah pun tengok citer nye. best la jugak, tapi lagunya menusuk ke hatiku,,jiwang!! hahaha.
feellin sngt!! memang ade betul nya jugak...kita biarkan orang yang kita sayang buat pilihan dia...biar dia jadi diri sendiri...kalau tak nampak sangat kita pentingkan diri sendiri...tapi mesti kita kecewa kan bila tengok orang yang kita sayang tu, tak tau yang kita sayang kt dia...tak tau yang kita selalu nak dia happy...mungkin orang yang kita sayang tu buta, tak nampak kita nak selalu ngan dia...buta sebab tak nampak pengorbanan dan keikhlasan kita...buta tak tau macam mana nak hargai kita lepas apa yang kita buat untuk dia kan!! kan!!
Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi
Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi
Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,
Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi
Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi
Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,
Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu
hurmm..dan ader betul nya jugak lirik lagu OST movie ni...kenapa perlu lepaskan orang yang kita sayang bila kita dah suka kat dia...mungkin sudah suratan takdir...kita mesti terima dgn redha.
" Cintailah seseorang tu dengan keserdehanaan, tak perlu harta yang menggunung, tak perlu kata-kata semanis gula, tak perlu janji yang belum tentu dapat dikotakan, hanya cukup dengan keikhlasan dan kejujuran ".
Movie arahan Rusdi (Ollyn) Khadri ini dilakonkan oleh Aeril Zafril yang memegang watak Mukhlis, Nuremy Ramli yang melakonkan watak Murni, Fezrul Khan sebagai Iqwal, Shima Anuar melakonkan watak adik Iqwal iaitu Zizi. Mon Ryanti pula tampil sebagai kawan baik Mukhlis dan Murni dengan memegang watak sebagai Stacy.
SINOPSIS :
Murni dan Mukhlis telah lama berkawan baik dan perhubungan mereka teramat mesra. Mereka menganggap hubungan mereka sebagai “Cinta Platonik”. Murni mempunyai perasaan terhadap Mukhlis namun perasaannya dipendam kerana dia menyangka Mukhlis mempunyai hubungan homoseksual denga Ayim (lakonan Helmy Moin).
"Cinta Platonik"
Mereka menganggap hubungan mereka lebih daripada sahabat tetapi tiada tarikan seperti pasangan yang bercinta.. Pendek citer hubungan ini tak membawa bahagia, pasti ada yang akan terluka..
Oleh sebab itu lelaki dan wanita tidak boleh menjadi sahabat baik. Seutuh mana pun iman mereka sekiranya pergaulan tidak terpelihara, yang ketiga tetap hadir diantara mereka.. Yang ketiga ini seperti yang kita sedia maklum akan cuba menyesatkan kita semampu yang boleh.
Murni mula mencari Mr Right untuk dirinya, dan beliau disokong lagi oleh rakan baiknya Mukhlis dan Stacy yang memasukkan profile beliau ke laman web temujanji dan menemukan Murni dengan Iqwal. Walaupun pada hakikatnya Mukhlis juga mencintai Murni, tapi Mukhlis membiarkan Murni menjadi dirinya sendiri dan mencari cinta sejati.
Adik Iqwal, Zizi juga berusaha menjodohkan Iqwal dengan Murni. Iqwal yang sudah mula menyukai berusaha membuat Murni jatuh cinta padanya. Di saat perasaan Murni pada Iqwal berputik, Ayim tampil memberitahu kebenaran mengenai hubungan sebenar dia dan Mukhlis dan Ayim turut memberitahu Murni perasaan cinta Mukhlis yang sebenarnya..
Mukhlis kemalangan dan rahsia Iqwal pula terbongkar. Adakah Murni dan Mukhlis akan bersatu? Atau Murni akan memilih Iqwal? Apakah rahsia Iqwal yang terbongkar? Dan apa hubungan sebenar Mukhlis dan Ayim?.
Dalam filem ni juga ada diselitkan mengenai kisah rumah tangga Stacy (lakonan Mon Ryanti) dan Felix (lakonan Kamal Faridz). Rumah tangga mereka goyah kerana perangai Felix yang gemar berfoya-foya. Jadi apa kesudahannya pula kisah Stacy??
So ape kesudahannya? kena lah tengok sendiri :)
Bagi aku movie ni cukup santai dan ada elemen romantik serta komedi. Jalan cerita pula ada some part yang agak slow (dari pemerhatian aku) dan ada part yang berjalan tak laju tak perlahan, just nice. Penampilan Siti Chubby dalam movie ni sebagai pembantu spa di tempat Murni bekerja juga menambah seri movie ni dengan keletah lucunya tu.
Lakonan Fezrul Khan masa dia nangis teringatkan cinta beliau yang sebelum ni pun menyentuh hati aku sebab beliau betul-betul menangis. Satu pembawakan watak yang agak beremosi, menunjukkan bahawa beliau betul-betul mencintai kekasihnya sebelum ni.
Babak yang paling aku suka ialah bila rahsia Iqwal ni terbongkar, dan Zizi adik Iqwal ni menangis bagai nak rak, macam betul-betul pulak. Ehhh berlakon movie haruslah macam betul-betul kan baru lah menghayati habis! Aku pon rasa sebak je tengok.
Namun begitu aku tak nampak kemesraan antara Murni dan Mukhlis sebagai sahabat baik, tapi kemesraan tu lebih kepada pasangan kekasih pulak. Tapi takpe, still okay jalan cerita dia.
“Bolehkah persahabatan tanpa percintaan? Dan bolehkah percintaan tanpa persahabatan?” – Ollyn Khadri
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire