vendredi 29 juin 2012

.KSSU 2012.

KSSU is stands for Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur. Aku rasa aku tak pernah update pape lagi tentang KSSU untuk tahun 2012 ni yang akan berlangsung di UniKL-MSI, Kulim Kedah pada 24-28 Jun 2012. 
Alhamdulillah selesai sudah perjuangan kami di UNIKL MSI.
agak menyedihkan jgk laa..sbb team volleyball kami tewas.
tak der rezeki untuk kali ini..
KSSU 2013 insyaallah boleh jadi juara..huhuhu..



~volleyball (L) and volleyball (W) 2012~

'insyaallah tahun 2013 kami akan jadi juara' 

amin=)


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

samedi 23 juin 2012

~word for today~

"Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki".

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

lundi 18 juin 2012

' :) '



" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 8 juin 2012

.Jodoh.

Bismillahirahmanirahim.




Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL...



*Alhamdulillah, sedikit sebanyak entry ni membantu dan mengingatkan saya. Sesungguhnya, Tuhan lebih mengetahui segalanya. Semoga cinta yang ada ini akan kekal sampai hujung nyawa.. Amin...


Sumber copy paste dari Euforia Qaseh.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 5 juin 2012

~Setiap saat adalah peluang~

Bismillahirahmanirahim.


Sedar tak sedar, kita dah berada pada hari kelima dalam bulan Jun bersamaan 15 Rejab 1433 hijrah. Cepat sungguh masa berlalu kan? Cuba kita hitung umur kita pula. Mungkin ada yang baru belasan tahun, mungkin ada juga yang baru ingin mencecah puluhan tahun, dan mungkin ada juga yang telah pun masuk ke alam puluhan. Selepas umur dihitung, cuba kita hitung semula. Berapa banyak masa yang telah kita habiskan. Dan dengan cara apa kita habiskan masa itu? Ya Allah, tak terhitung. Kan? Tak tergambar betapa banyaknya masa yang telah kita gunakan. Guna untuk itu, guna untuk ini.

"Demi Masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " (Surah Al Asr)

baiklah. "Setiap saat adalah peluang". Kata kata yang tiba-tiba saja tertulis bila terfikir. Betul lah kan? Setiap saat yang diberi untuk kita, sebenarnya, ia adalah peluang. Peluang untuk apa? Subjektif jawapan nya. Peluang untuk melakukan itu dan ini, tetapi apakah yang dilakukan terletak dan terpulang kepada individu itu sendiri. Kita semua dah diberi akal fikiran. Kita tahu menilai baik dan buruk. Tapi, kenapa masih ada sesuatu yang buruk itu dilakukan?

Ya Allah. Diri aku juga. Aku juga tidak terkecuali dari melakukan sesuatu yang buruk itu.
Kamu, anda, ataupun sesiapa saja, ya benar. Tiada manusia yang bersifat sempurna.

Tetapi kalian, fikirkan semula. Kenapa kita masih hidup sampai hari ini? Kerana Allah, mahu kita kembali padaNya. Mahu kita untuk dekat denganNya. Dan DIA memberikan kita setiap saat itu. Setiap peluang itu.

Ya. Mustahil untuk manusia bersifat sempurna, tetapi tidak mustahil untuk mencuba. Dan berubah. Renungkan kembali, atas sebab apa kita dihidupkan. Kenapa kita diberi nyawa?
Hanya satu sebabnya. Sebagai hamba Allah. Dan mencari seberapa banyak "tiket" untuk menetap di penempatan yang kekal selamanya. Sama ada syurga, ataupun neraka.

Terasa teruk dan kecil diri. Bila terfikirkan soal saat-saat yang dah digunakan tanpa hala. Tanpa tujuan. Malah, terguna pula dengan dosa. Ya Allah. tak terhitung dosaku, tak terkira berat yang ku pikul. tentu sekali, jika kita boleh undurkan masa, ternyata sesuatu yang buruk itu kita ingin buang, dan gantikan dengan sesuatu yang baik. kan? Tapi, realiti tidak begitu. Inilah hidup. Inilah kehidupan. Setiap saat yang berlalu tidak akan boleh kita gantikan dengan apa-apa. Hanya sekadar penyesalan untuk sesuatu yang kita sudah lakukan, dan hanya doa taubat serta keampunan dariNya yang kita harapkan.

Tengok semula perjalanan hidup. Naik turun hidup. Setiap kesenangan mahupun kesedihan, kedua duanya adalah dugaan dariNya. Ya Benar. Bila kita berada di puncak kesenangan, cenderung untuk kita mula berasa bongkak, dan riak. teruja. Dan akhirnya kalah dengan nafsu membangga. lalu lupalah kita pada DIA. Kita lupa, kesenangan itu datang dari siapa. Kita lupa kejayaan itu datang dariNya. Bila mana kita dilanda kesedihan dan kejatuhan, hati kita sibuk menyalahkan itu, salahkan ini. Kita lupa, dari mana sedih itu datang. Dan atas sebab apa jatuh itu menimpa kita.

Ternyata, kita pernah terlupa semua itu, bukan?

Sekali lagi, "Setiap saat adalah peluang"

Fikirkan tentang ini. Peluang ini. Masih terbuka luas peluang untuk kita cuba mengubah keadaan. Setiap sesuatu perlukan usaha. Ya. Usaha. Kemudian doa. Dan tawakal. Sesuatu perubahan itu tidak akan terjadi jika kita hanya berdoa dan menunggu. Perlu ada langkah yang mencuba. Mencuba untuk bergerak ke arah sesuatu yang baru, dan sesuatu yang lebih baik.
Jangan hilang keyakinan dalam hidup. jangan hilang keyakinan terhadap takdir dan ketentuan Allah. Ambil setiap peluang itu. Ambil. Dan jangan hanya terduduk, mengalah pada manusia. Jangan hanya terdiam, takut pada yang tak sepatutnya. Dan jangan hanya bisu, tunduk pada cinta.




Mungkin, cukuplah sampai disini. Tak perlu rasanya nak berkata panjang. Bercerita banyak-banyak. Sekadar ingin meluahkan sesuatu, yang ingin dijadikan penegesan kepada semua. Kita semua bersaudara. Dan sudah tentu, hanya yang terbaik yang di inginkan untuk semua.

InsyaAllah, kalian mampu lalui. dan mampu mengambil peluang itu untuk mengubah sesuatu.
Saya sentiasa doakan, walau siapa pun kalian, walau di mana pun lokasi, sama-sama kita mengambil peluang itu.




Lihat diri, muhasabah diri. Sejauh mana kita dah pergi, dan kemana arah tuju kita nanti.

Wallahualam.



" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Andai Jodoh itu milik kita.

Bismillahirahmanirahim.




Fendi Fayzane: ade org kata "Cinta bukan ibarat kertas… Cinta adalah bara yg sentiasa menyala dan semakin marak ditiup kerinduan pada seseorang" hehe =p

Fayzane Rosesz: berbunga-bunga ayat awk...hihihihi

Fendi Fayzane: haa...bunga-bunga tu mekar setiap hari disirami madah-madah cinta =)

Fayzane Rosesz: hihihihi=)

Fendi Fayzane: hehe..klu awk nak tau, cuma kadang-kadang bunga layu bkn perlukan sekadar air, ia perlukan cahaya..maknanya bkn sahaja mendengar, tp memahami..dan memerlukan tolak ansur antara dua pihak..hihi

Fayzane Rosesz: insyaallah awk=)


Fendi Fayzane: tuju kpd saya gak tu..sama la kte awk..=)
 
Fayzane Rosesz: =)


Hee..andai ada jodoh takkan ke mana-mana
Walaupun tak selalu berhubung,
kalau dia jodoh kita,
Insyaallah Dia satukan kita dengannya.


amin=) 

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com