Dan apa yang telah berlalu dan berlaku, itu adalah sesuatu yang tidak dapat di ubah atau di tukar jalan ceritanya. Tapi, aku. Jauh di sudut hati aku, aku ingin tukar seluruh jalan cerita itu. Tapi itu adalah satu perkara yang mustahil. Tak terlintas di hati aku untuk salahkan takdir Allah S.W.T.
Benar.
Apa yang berlaku, itu adalah takdir. DAn setiap apa yang berlaku dalam hidup, ada hikmah yang tersembunyi. Setiap salah dan silap yang kita lakukan, menjadi pengajaran untuk kita lalui hari hari yang sedang menanti untuk kita.
Benar.
Tapi, aku bukan bercakap dari sudut pandangan biasa. Atau bercakap dengan emosi yang biasa. Kerana ada kalanya, ini bukan benda biasa bagi aku. Cukuplah dengan apa yang aku lalui. Cukuplah segala galanya. Aku tidak ingin kembali untuk itu. Apatah lagi untuk aku simpan dan kenang. Tidak sama sekali.
Tetapi.
Ada kalanya, aku rasakan seperti seolah olah aku di hantui dengan kehidupan aku sendiri. Ya Allah, hilangkan lah segala yang menghantui aku. Yang menimbulkan beribu keresahan dalam diriku. Aku ingin hidup dan terus berjalan menuju ke masa hadapan.
Cukuplah dengan segala apa yang pernah di ujiankan terhadap aku.
Bantu aku, Ya Allah.
Cuma ada kalanya, aku terasa seperti aku amat takutkan hari esok dan seterusnya. Segala yang dah berlalu seolah olah mengejar aku hingga kini. Aku akan cuba kuatkan diri, hati, dan semangat aku. Untuk terus bernyawa dan meminta ketenangan dariNya,, kerana aku akui, hidup yang di hantui sesuatu yang tidak ingin aku ingat, bukan satu perkara yang mudah. Aku mungkin normal pada pandangan manusia, tetapi pada dasarnya, kadang kala tidak. Mungkin juga, Allah berikan semua ini untuk mendekatkan diri aku padaNYA,, Kerana DIA lah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui segalanya.
Ya Allah, Hanya KAU lah Maha Mengetahui segalanya, hanya KAU lah yang memberikan semuanya. Berikan aku kekuatan andai nanti aku akan diujiankan, jangan biarkan aku terleka andai hidup dipenuhi kebahagiaan. Amin. Tweet
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire