samedi 29 mai 2010

Kek Coklat Kukus


"KEK COKLAT KUKUS"
...erm sdpnye!!!...
jmput mkan!!!
kalau dah rase mst nk lg....hehehe....
biler tngk je kek coklat ni, tibe2
tringat kt kwn aku yg bernama Kamal Hakim...... 
sbb dier ni "hantu coklat"...hahahaha....
aper2 je lah.....

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur 
cara-cara membuatnye:
  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 28 mai 2010

Puding Karamel


Bahan-bahan

  • (400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air 

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak,jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

lundi 24 mai 2010

cerita tentang hati....

Hati.... cume sekeping darah yg ada dlm diri manusia..baiknya ia, baik lah seluruh pembawanya, buruknya ia, maka buruk la  pemiliknya..

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk:

Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.



" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 21 mai 2010

tak kenal maka tak cinta....

hari ini hati aku nak citer sikit pasal menilai manusia..kerana ini yang tengah di pendam buat masa ini..andai hati ini tersalah tafsir mintak diperbetulkan lah wahai sahabat-sahabatku yang baik hati dan semoga korang semua di berkati allah..insyaallah

jadi..dalam kita menilai manusia ini..kita boleh berkata seribu bahasa apabila kita hanya memandang dari segi luaran.tapi apabila kita memandang dari segi luaran dan dalaman...mungkin kita boleh berkata sejuta bahasa mungkin...
di situlah kuatnya ayat ini
"tak kenal maka tak cinta"
dengan keyakinan jari jemari aku yang sedang mencoret laju ini yang tiada samar-samar,aku cuba menguatkan kata-kata ku ini dengan mengatakan walaupun pandangan luaran itu adalah "first impression dalam menilai seseorang"dengan izin!!macam dalam parlimen pulak!!!...hahaha..hehehe..huhuhu...tapi mungkin tidak banyak yang kita akan ketahui kerana itulah yang terlibat berasa kecewa....
apabila di cerca membabi buta.

bagi menguatkan fakta aku ini..aku cuba kaitkan sedikit dengan dunia kehidupan aku,aku ada kawan yang macam-macam..yang sosial yang tak sosial..ada yang kata girl skang ni kalau bertudung pun belum tentu dia baik,boy berkopiah belum tentu baik juga.yang nakal-nakal tu walaupun nakal tapi hati dia kita tak tahu dan macam-macam lagi..payah juga nak dirungkaikan..jadi kalau hendak rungkaikannya kenalah mendalaminya.dan bila mendalaminya kita akan dapat jawapannya..setiap orang ada kebaikan dia yang mungkin kita tak menyangka itulah seni kehidupan ini..tepuk dada tanya hati..

akhir kata janganlah cepat menilai seseorang manusia sejuta bahasa dan terus membuat kesimpulan andai kata kita tidak pernah nak mendalami tersurat dan tersiratnya,wat tambah dosa saja,puji-puji takper...haha...kerana bagiku luaran ini sangat banyak kepuraan,tapi dalaman belum tentu kerana "HATI"tuan-tuan  dan puan-puan semua susah hendak menipu....
..that's all..



" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

lundi 17 mai 2010

||ErTi disEbalik kEseTiAan||

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…




" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

dimanche 9 mai 2010

|| 9 MAY 2010 ||

++..engkaulah segalanya bgiku..++
selamat hari ibu utk "ibuku yg tersayang"
||MARIAM BT ADAM||
...love u so much...muah!!muah!!muah!!...


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

(( sekejap je mase berlalu...))

sekejap je mase berlalu....
da msk bulan 5 pun...final exam pun da abis...
cuti sem pun bermula...aku pun da blk umah..
baru jer ptg td aku smpai umah....best la...sbb dpt blk umah....
bkn per rndu kt masakan my mom....huhuhuhuhu...
erm cuti pun lame gak ni...2 bln lak tu...x tau la nk wt pe....mgkin duk umah je kot...mkn+tdo+jalan2 tu la keje aku...hahahaha...ntah pape la aku ni.....

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 4 mai 2010

wAnita hiAsan duNia..sEindah hiAsan aDaLah wAnita soLehAh...


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

ciNta itu aNugerah...

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...


Kenapa??
Kerana CINTA itu buta... Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...

Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !! 
Di dalam telaga CINTA hilang...

Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang
kalau tak dijaga, sukar dicari apa lagi

dalam telaga yang gelap...


Sedangkan KAWAN masih mencari-cari
dimana CINTA & terus menunggu..


Kenapa??
Kerana ... KAWAN itu sejati & akan
kekal sebagai KAWAN yang setia...


so, hargailah KAWAN kita ....

Walau kita punya couple , teman still paling setia.

Walau kita punya harta banyak , teman still paling berharga ..

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

++3rd may 2010++

||..3rd may 2010..||
(MONDAY)
||8.00pm-10.30pm||
(SHOWROOM 2)
"ELECTRICAL TECHNOLOGY"
  
sedihnye hati ini....
ape la dah jd ngan electrical technology ku ini...
soalan dier x la ssh mane.... 
ntah lah....rase cam nk nangis je dpan kertas soalan td... 
nsb baik la tergerak hati nk study soalan assignment...
dah la soalan same sebiji cam assignment lak tu...
erm nsb baik la leh jwb..tp x der la spnuhnye...
tkilan lak rasenye!!!
baru je nk target "A"
tp x ksampian kot...ape yg diimpikan hancur berkecai...
mgkin xder rezeki aku kot....
trima je la ngan seadanye....redha dngan ape yg terjadi.... 
bersyukur dengan ape yg kite ade...
Insyallah...kite akan berjaya gak suatu hari nnti...
amin...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com