vendredi 30 juillet 2010

pasrah segalanya......

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci..

  
lyrics by: *syAmeer-dehearty*


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 28 juillet 2010

---butterfly---

   A butterfly so beautiful
flying around in the garden.
It love the flowers
Yellow
Red & white
And of course
Blue
Orange & Purple

But it loved most the pink one.
Pink its the colour of happiness
Pink is the colour of live
The butterfly loved the pink one
It's the Pink one it love!

The next day
They loved the Blue most
It's the colour of happiness
It's the colour of live
The butterfly said again.
Can you trust a butterfly?


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 27 juillet 2010

---piNk is mY inspirAtion---

Pink, beautiful pink....
Is the colour which inspires.

The colour pink inspires, to be in love
And to dream of the beauty of the beautiful things.

The colour pink is beautiful in its complexion
And makes you want it more.

Pink, the colour pink is beautiful indeed and inspires
To be in love as love is truly Pink......

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

dimanche 25 juillet 2010

impianku....

Impianku…
menjadi wanita solehah
seperti Hajar yang tabah…

Impianku…
menjadi wanita solehah
hiasan duniawi yang terindah
lemah tak bererti kalah
sopan lambang gaya muslimah
indah budi pekerti
dipenuhi sifat mahmudah

Impianku…
menjadi wanita solehah
hidup dalam ketaqwaan
mati dalam keunggulan iman

bersinar indah, harum tersebar
bagai wangi pusara Mashitah…

Mampukah aku menjadi wanita solehah…?
seperti Rabiatul Adawiyah
dan juga Siti Khadijah…
aku hanya insan yang lemah
dalam menempuh tipu daya duniawi
pengharapanku hanya Allah

Oh Tuhan…
kuatkanlah hati ini
bantulah hamba-Mu ini
dalam mencpai impian yang suci..

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

-K.I.T.A-

kita dilahirkan dengan sepasang mata di depan,
oleh itu, seharusnya kita sentiasa memandang sesuatu yang berada di hadapan kita..
kita dilahirkan dengan sepasang telinga, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan ,
sehinggakan kita mampu mendengar dari 2 sisi dan 2 arah..
dan mampu mendengar mana satu pujian mana satu kritikan dan kita juga mampu mendengar yang mana salah dan yang mana benar..

kita dilahirkan dengan sepasang mata dan sepasang telinga namun cukup dengan satu mulut.......
ini kerana mulut adalah senjata yang paling tajam ,
yang dapat melukai, memfitnah, bahkann membunuh..
dengan itu lebih baik berbicara dan bnyakkan mendengar dan melihat.

namun begitu, kita dilahirkan dengan satu HATI yang sentiasa mengingatkan kita,
supaya menghargai dan memberikan cinta dan kasih dari dalam lubuk hati..
belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai ,
tetapi jangan sesekali mengharapkan orang lain mencintai kita dengan cara dan sebanyak mana cinta yang telah kita berikan...

berikanlah CINTA tanpa mengharapkan sebarang balasan , insyaallah satu hari nanti kita akan menemukan sesuatu yang lebih indah dalam hidup ini...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 21 juillet 2010

sem baru bermula....

Sekejap jer mase berlalu....aku kembali ke sekolah...
"Universiti Kuala Lumpur-Malaysia France Institute,Bangi,Selangor..."
 sem baru bermula...klas pun dah bermula....sem ni aku dah naik sem 4...
Jauh di sudut hatiku, aku mengharapkan sem ni adalah lebih baik dari yang sebelum sebelum ni. Biasanye, tiap kali awal sem camni la azam baru, tak nak ponteng kelas la, assignment nak siap awal, kelas nak jadi orang first yang sampai la, ape bagai la..last last akhir sem tu cakap balik kat diri sendiri  'sem depan aku nak buat betul-betul'..Camtula, sampai la abis lagi sem seterusnye, pastu cakap lagi kat diri sendiri...
aku pun camtu gak sebenarnye...hehehehe!...
ni la subject yg aku amik sem ni....
   





Tapi cakap banyak pun tak gune kan?
harapan aku...agar aku wat yang terbaik utk sem ni! Yeahhhh!!
Gud Luck!!...Gud Luck!!!!!!!!!!!!!.....

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 14 juillet 2010

siapalah aku......

Kalaulah aku..
seekor burung..
akan aku terbang tinggi...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah..


Kalaulah aku..
seekor ikan...
akan aku berenang di lautan dalam...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...


Kalaulah aku...
sekuntum bunga...
akan aku hiasi dunia seindah yang mungkin...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...


Kalaulah aku air...
akan aku sirami tempat ini...
yang sedang diCATU air...
tapi tak mungkin.... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...


Kalaulah aku...
Kalaulah aku...
Kalaulah aku...


kelakar..kelakar...
kalaulah aku...


Ahh...mengarut je semua itu...
Yang harus dihadapi ialah realiti bukan fantasi....
 
 
" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com