jeudi 21 janvier 2010

||Tarikh Lahir||

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.


Contoh:
  3 March 1986
  3+ 3 + 1986 = 1992
1 + 9 + 9 + 2 = 21
  2 + 1 = 3
  2 + 1 = 3 (Jadi nombor lahirnya ialah 3)


1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
 

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomatik.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;    tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
 

3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
 

4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri
.
 

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).


- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. 

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. 

– Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. 


7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. 


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
 

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.



" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 20 janvier 2010

++!!..warna-warni..!!++

rahsia warna
Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.


Putih - Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.


Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.
Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.
Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.
Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

samedi 9 janvier 2010

||9 January 2010||

Awal aku bgn arini...lpas je subuh aku mls nk tdo...Dah lame aku x update blog ni... .rase rndu lak nk update blog ni...lbh kurang smggu kot...sbuk ngan orentasi...student baru la katakan...tp x gi orentasi pun...sbb aku study kt tmpat yg same...
jd dkecualikan...blh lak cam 2 ek..hehehe...
member2 aku terutamanya.....
(KAMAL HAKIM ngan AZRUL AMINUR RASHID)...dieorang ni lg la mls nk join..hehehe...dulu dieorang ni satu klas ngan aku mase diploma....
skng ni smbg degree lak...cam x caye je kn?...
Dieorang ni pun smbg study kt tmpat yg same...
satu course lak tu ngan aku...
jupe la muke dieorang lg....
dah lah dieorang ni kuat menyakat...
sabar je la ngan dieorang ni..hahaha
aku rase intake sem ni cam x best je...x tau la nape...bbeza ngan intake aku mase diploma dulu....ntah lah mgkin dak2 pompuan yg same badge ngan aku x de kot....
sdh la plak.....
rase rndu lak ngan member2 aku yg lain...
ntah bile la dpt jupe...
mgkin time convocation nnt kot...
...Insyallah...


 Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute..(UNIKL MFI)..

Ni la tmpat aku study...Kt cni rmai student laki dari pompuan..
blh dkatakn semuanye course engineering yg ader kt cni...
tu yg ramai student laki... 
kt cni ader 3 blok hostel...1 blok pompuan 2 blok laki..
..Paris - Lyon - Nice..(ni la name2 blok hostel)..hehehe..
Aku dah 3 thn kt cni...dulu amik diploma...
(Electrical Equipment and Installation Technology)
Lega rasenye..semuanye lps...
syukur allhamdulillah...
Pas 2 tgerak hati nk smbg degree lak...
amik course (Industrial Automation & Robotics...)
org ckp course ni cam ssh je...
ntah lah...tp klu stduy leklok...Insyallah...bleh!! 
nmpaknye lg 3 thn la kt cni....
lame lg nk abis ni..mcm2 halangan yg harus dtempuh..
 takut lak rasenye...
sem ni aku kna blajar leklok..x leh main2 dah cam dulu lg..
sbb degree ni lg mcabar...
Gud Luck!!!
Insyallah....
Dah la...aku pun x tau nk tulis pe lg...
perut pun da lapar ni...rase cam nak mkn nasi lemak la...hahaha...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 8 janvier 2010

...++!!semuanye bermula dari sini!!++...

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2,5,9

no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


 no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


 no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.






" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 1 janvier 2010

"ANDAI ITU TAKDIRNYA"


CINTAMU SESEGAR EMBUN NAN PAGI
SEMAKIN RESAH MENANTI TERBIT MENTARI
HANGATNYA YANG MEMBAKAR MENGERINGKAN
SEGALA KEINDAHAN YANG PENUH KEPALSUAN


HERO : SYED ADAM AIZRIL
..ego..sombong..bongkak..baran..dayus..

HEROIN : NUR ALEYA
..tabah..kuat semangat...

Sinopsis:
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.

..klu nk tau slanjutnye...bace la novel ni..
best giler!!!
 3 hari aku menghabiskan masa utk bace novel ni..
rase cam nk nangis pun ade...tp mase bace novel ni mmg da kuar air mate pun...hehehe...
sedih + geram....semua nye ade...
nak bercerita ckit...tp x la smpai abis...huhuhu..

Aleya yang terpaksa berkahwin dengan syed Aizril kerana telah diperangkap oleh kawan mereka Faizal...mereka kene tangkap basah...mahu tak mahu dorang kawen gak...tp zril membenci leya sepenuh hati....maklum laa dek kerana darjat dah kedudukan...leya hanya org kg jek...Leya juga dibuang keluarga sendiri oleh kerana perkara buruk ini....'Malam Pertama Leya telah dipukul oleh Zril'....Leya di dera oleh suaminye sendiri...dan Leya juga dirogol oleh insan bernama suami....sian Leyaaaa....Leya di hina...di dera...dipukul...di caciii...dan dihalau seperti anjing.....Zril dan keluarganya memang kejam....dan Leya mengandung anak Zril....Leya lari dan tinggal bersama kawan baik dia Umairah..sehingga bersalin bayi kembar....Zril yang mempunyai kekasih hati bernama Shrifah Emelin yg sedarjat dgn nya....dan merancang untuk berkahwin....Zril telah berkata sekiranya dia menikahi Lin maka talak akan jatuh terhadap Leya....dimalam majlis akad nikah...Zril dan ibu nya telah ditimpa kemalangan....ibunya cedera ringan dan Zril KOMA.....apakah kesudahnya nyer????....heheheheh....bli lerrr Novel ni yg selalu SOLD OUT!!!

 setiap kali aku baca cite ni mesti tangkap leleh punyeeeeeeeee....ntah bape kali ntah aku nangisss...uhukssssss....adoiiiiihaiiiii sedih gilerr2 punye sedih hingga aku rasa tak sanggup nak baca lagi....ada gak pat2 yg kelakar...romentik....hehehe..









" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Selamat Tahun Baru!!!...2010...



2009...."tinggal kenangan" 
Jadikan segala suka dan duka yg dlalui thn lepas...
sebagai penguat untuk merealisasikan Azam baru thn ini...
 cepat sungguh masa berlalu
pejam-celik...pejam-celik...pejam-celik 
dah pun masuk tahun baru....
Agak ketinggalan utk wish slmat thn baru...
bgaimanapun idup still kna truskan....
 erm aku still dengan azam yg lame...juz ader ckit tambahan...
study x leh nk main2 cam dulu dah..maklumlah dah degree...
kna la study leklok...chaiyok!!!.....
Insyallah...... 
kita merancang Allah mnentukan segalanya... 
"..Selamat Tahun Baru..2010.."












" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 31 décembre 2009

"PROSPERITY BURGER"

Pemberitahuan
bahawa
Prosperity Burger
is back at
McDonald's




Wah...Chinese New Year
just around the corner
Apa kena-mengena dgn aku..,
Entah?!
 
Aku suka sangat
dengan burger nie
Tapi semalam lepas beli,
Balik je umah cuma pandang je 
x de jiwa pun nak makan
Curly fries pun aku suka
 
Tapi...masa makan, serius x de hati pun
Sedap ke...tak sedap ke?
x tau nak cakap camne!
Ntah paper kan!!
 
Burger tu ada lagi dalam fridge
Sampai saat ini x de
rase lg nk mkn...
 
 Balik nanti masukkan dlm microwave
Then makan
x de cita-cita
Perut sangat sebal!!!
Tengok gambar burger tu pun
Macam tak terliur
x de positif respon
 
Selalunye
Pantang!!!
Pantang...ada kat McDonald's
 
Apa-apa je!
Anyway..
To the Prosperity Burger's fan
Get the bites of it
And enjoy!!
 


 
 
 


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com