samedi 16 février 2013

Ayat Pendek!!

Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
 
Hanya sekadar singgahan.
Menerjah ruang sendiri;
Untuk dilempar segala ekspresi sunyi
Tak perlu disusun berjuta abjad,
Asal hati tahu segala sesuatu;
Yang amat aku perlu.
Ia hanya Dari-Mu,
Ya Tuhan. 

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

samedi 2 février 2013

Alhamdulillah Syukur.

Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
 
 
Ke bawah kita jatuh ke atas kita naik
Turun naik, naik turun,
Mendaki bukit halimunan, Mencari tangga yang tak jumpa
Kini kita berada pada kedudukan sekarang.
Nyata dan terang, Secara benar dan sungguh,
Kita berada di kedudukan agak sempurna.
Alhamdulillah Syukur.
 
Hati ini kuat. hati ini hati kita.
hidup ini sukar. ini adalah hidup kita.
Atas dan bawah saling bertukar.
Di atas jangan bongkak
Di bawah harus kuat.
Lumrah fenomena sentiasa berlegar.
 
Kuatkan hati kamu. Hati kamu hati kuat.
Teguhkan hati aku. Hati kita hati kuat.
Biar terbang laju ke atas
Biar terjunam jatuh ke bawah
Aku hanya mahu bernafas pada kedudukan sekarang.
Kerana jiwa kita tahu,
Apa diri kita mahu.
 
Alhamdulillah, Syukur.
Kerana Nya kita menjadi sekarang.
 
 
 
 

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Cerita Dari Aku.

Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

 Andai aku lambat terjaga, tolong kejutkan aku.
Andai aku masih terlena, tolong sedarkan aku.
Bangunkan aku jika aku masih bermimpi,
Bila nanti aku bangun,
Ingatkan aku,
Untuk ucapkan syukur.
"Alhamdulillah"

Aku sedang mencelik, melihat dunia.
Satu persatu zarah udara ku sedut,
Satu persatu ku hembus,
Aku sedang bernafas dan melihat.

Telinga ku mendengar, hati aku merasa,
Benda dapat ku sentuh,
Mulutku masih boleh mengunyah.
"Alhamdulillah"
Cukup pancaindera kurniaanNya.
"Alhamdulillah"
Segala puji bagimu.

Aku lihat, ada yang duduk dan bangun,
Aku dengar, ada yang menangis dan ketawa,
Aku sentuh, sejuk dan panas aku rasa.
 Cukup sempurna semuanya.

Sekarang,
Aku bercerita, bukan tentang kau, atau dia.
Ini cerita dari aku tentang aku.  

 

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com