mardi 28 juin 2011

Angan-angan

Semua manusia pernah berangan. Dan punya angan-angan. Lumrah kehidupan lah kan. Sebagai seorang manusia, pasti akan ada angan-angan dalam hati mereka. Angan-angan aku terlalu banyak. Ya. Aku memang manusia yang penuh dengan angan-angan. Sentiasa angankan kesempurnaan dalam hidup, walhal aku tahu hidup memang tak kan pernah sempurna. Aku sendiri tak sempurna. Tiada seorang pun manusia di muka bumi ini yang sempurna. Jadi, memang mustahil untuk aku mengangankan sesuatu yang sempurna. 

Aku angankan hari yang lebih baik esoknya. Hidup yang lebih baik dari sebelumnya. Kerana hidup amat sukar untuk di tafsir, apatah lagi untuk di jangka, Aku hanya mampu meletakkan angan-angan sebagai pembakar semangat untuk aku hidup di kehidupan yang sedang menanti aku.

kadang-kadang, angan-angan aku juga membuat aku berfikir sendiri. memberikan aku pelbagai persoalan. Tentang apa yang aku mahu dalam kehidupan. Tentang bagaimana aku definisikan kebahagiaan.

Aku mengangankan kegembiraan, kebahagiaan, dan kesempurnaan. Walaupun aku tahu, mustahil untuk semua itu hadir dalam kehidupan.
 

Kenapa aku mesti beratkan fikiran berfikir tentang soal hidup? kenapa aku harus berangan-angan? Kerana aku terlalu kecil di dunia ini. Dunia yang sentiasa ada jatuh dan bangun. Sentiasa akan ada dugaan dan ujian. Kerana aku takut akan kehidupan aku di masa akan datang. Mungkin hari ini aku mengangankan sesuatu, mungkin angan-angan itu tidak akan jadi kenyataan. Mungkin sebaliknya akan berlaku. Wallahualam.

Apa yang aku mampu lakukan, Hanya mengangankan sesuatu yang amat aku inginkan.

tapi hakikatnya, aku terlalu kerdil untuk berjuang di sini. Seolah-olah, aku rasakan seperti ada bayangan besar yang akan menghempap kehidupan dan angan-anganku itu.



Wallahualam.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 17 juin 2011

KAULAH SEGALANYA

ya ALLAH...
kupohonkan kemurahan-MU yang sangat luas
kerana ENGKAUlah yang menentukan setiap sesuatu
ENGKAU Maha Mengetahui apa yang tidak ku ketahui

ya ALLAH...
jika sesuatu itu menurut-MU baik buat diriku.kehidupan dan kesudahanku
maka pilihkanlah dan mudahkanlah ia bagiku
Namun...
seandainya ia merupakan musibah buatku
agamaku dan kesudahanku.
maka jauhkanlah ia daripadaku sejauh-jauhnya

ya ALLAH....
limpahknlah kebaikan di mana saja ku berada
redhailah dan berkatilah apa jua segala usahaku .
hanya ENGKAUlah tempatku mengadu dan mmohon
kerana sesungguhnya ENGKAUlah ..
Yang Maha Mengetahui..

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 16 juin 2011

belajar dari kesalahan

bila kita melakukan sesuatu
ada kemungkinan kita membuat
suatu kesalahan
bila kita membuat kesalahan,itu
adalah hal yang hebat...
kerana kita berkesempatan
untuk belajar sesuatu
akui,kesalahan kita,teliti dan
pelajari secara mendalam dan
jawablah kesalahan itu kerana
kesalahan adalah guru yang luar biasa
dengan mengenal apa yang salah
maka kita akan menemukan
apa yang benar...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 15 juin 2011

senyum sorang

Kadang-kadang susah kan
bila banyak sangat benda penting kita nak fikir
susah nak senangkan hati semua orang
tak kisah lah macam mana pun kita cuba
tapi
sekali sahaja kita buat orang yang kita sayang itu tersenyum
rasa kepuasan sampai bila-bila
itu namanya persahabatan sebenar
dan masa itulah kita tahu yang
kita tak akan jalan sorang-sorang..

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

HATI

Apa erti cinta jika 
Hati tidak mengenali...

Apa erti kasih andai
Hati tidak menyayangi..

Apa erti setia kiranya
Hati tidak jujur...

Apa erti bahagia andai
Hati selalu menderita....

Apa erti sahabat jika
Hati tidak ikhlas dan tulus memahami...

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Rindu...

 
Ya ALLAH 
Seandainya rindu ini suci
Maka kuatkanlah....
Seandainya ukhwah ini kudus
Maka panjangkanlah....
Seandainya luka ini berhikmah
Maka biarlah....
Seandainya ingatan ini berfaedah
Maka teruskanlah....
 

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 14 juin 2011

Word for Today.




Never give up on something that you can't go a day without thinking about. .





" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 10 juin 2011

(0_o)

Rasullah SAW pernah bersabda, 


Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika. 
Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Kalau nak benci orang pun, sekadar yang termampu sudah, jangan benci banyak-banyak, nanti jatuh rasa sayang. Kalau nak sayang orang pun biarlah berpada-pada, kelak nanti bertukar menjadi kebencian kita.

***

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 8 juin 2011

Cantik di Hati.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk beriman, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itulah adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itulah adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itulah adalah hak istimewa yang diberi oleh Allah.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kejayaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup rasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 2 juin 2011

B to the O to the S to the A to the N

bosan . bosan . bosan .

sebenarnya aku tak tahu nak post ape..
hahaha

bulan May dah habis .

welcome June 

(^_^)

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com