vendredi 6 janvier 2012

Ikhlas ke?

Mereka kata,
Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.
Ikhlas itu,
Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tiada bercampur apa-apa.
Ikhlas itu,
Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.
Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya,
Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam hati sendiri,
Selalu tertanya-tanya.
'Ikhlas ke aku?'
'Ikhlas ke dia?'
Tapi mereka selalu kata,
'Saya ikhlas'
Mereka selalu persoalkan,
'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.



Ikhlas itu milik Allah,


Firman Allah,

'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,

Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.' (Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA

Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA.

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang

gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga dituntun hati kita dengan CintaNya,

Terarah langkah kita selari dengan redhaNya.

Hati-hati menjaga hati:)

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

dimanche 1 janvier 2012

~Selamat Tahun Baru~

2011...."tinggal kenangan" 
Jadikan segala suka dan duka yg dilalui tahun lepas...
sebagai penguat untuk merealisasikan Azam baru tahun ini...
 cepat sungguh masa berlalu
pejam-celik...pejam-celik...pejam-celik 
dah pun masuk tahun baru..


begitulah.masa terus berjalan.
berjalan dan berjalan.
melangkah kearah masa hadapan.
dan kerana itu.orang cakap masa itu emas.kan?kan?
jadi, hargai setiap saat yang ada.
sebab bila ia dah pergi.sesalan takde gunanya lagi.
masa jugak yang mengajar kita tentang segalanya.
usia kita.melangkah beriringan bersama masa.
masa mengajarkan kita erti kedewasaan.
yang berlalu itu.adalah kenangan.
dan yang akan datang itu adalah impian.
tapi mesti kita sedarkan yang satu hari nanti masa itu akan tetap akan berhenti.
sebab waktu untuk kita dah ditetapkan olehNYA.
bilakah waktu kita akan habis dah tamat?
hanya Dia juga yang Maha Tahu.
dan jadikanlah sisa-sisa waktu yang ada itu.adalah waktu yang berharga dan bermakna.

so,macam biasa laa kan.
tiba jer tahun baru.kita mesti nak bukak buku baru kan?
itu buku.buku kehidupan namanya.
tutup laa buku kehidupan dulu yaa.
yang indah jadikan ia kenang-kenangan.
yang pahit jadikan ia pelajaran.
yang baik jadikan ia pedoman.
yang buruk jadikan ia teladan.
yang dah berlalu.kita biarkan saja ia terus berlalu yaa.
sebab itu namanya kehidupan.datang dan pergi itu lumrahnya.
sila pandang terus ke depan.
bersedia untuk kutip setiap peluang.



 dan di sini saya Miss Norfayzane rosesz ingin mengucapkan

 

semoga 2012 dapat memberi aku
kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini
dan semoga 2012 
aku perolehi kejayaan, di murahkan rezeki
dan semoga impian yang aku impikan selama ini tercapai..!!
amin.......

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 28 décembre 2011

Akhirnya Aku Kahwin!

Hehehe..Akhirnya Aku Kahwin!!..biar betul aku ni..kalau aku update status ni kat fb mesti berlambak orang yang komen..hahaha..tapi yang ni bukan aku yang kahwin..ini cuma cerita dalam novel semata-mata.

Yeaahhhh....hari ini aku nak cerita pasal novel yang aku beli baru-baru ini. 
Best jugaklah=)

Novel Akhirnya Aku Kahwin, karya Herna Diana, Terbitan Alaf21 

Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang comel dan perangai dia yang memang giler-giler, namanya Didi. Dia ni memang seorang yang ceria, tabah dan tak kisah apa yang orang nak cakap. Kadang-kadang aku macam watak Didi ni macam aku pulak. HAHA :

Didi ini memang baik. Dia ada parents yang sayang dengan dia dan abang angkat yang memang caring giler dengan dia. Tapi semuanya berubah bila parents dia meninggal dan dalam masa yang sama jugak dia kena berpisah dengan abang angkat dia sebab tuntutan kerja.


Tapi Didi ini beruntung sebab family abang angkat dia terima dia dengan seadanya kecuali adik bongsu abang angkat dia je lah, Dalam masa yang sama jugak, kehadiran Syafizi, adik kedua abang angkat dia telah mengubah dia dalam diam.

Cerita ni agak kelakar sebab watak utama dia sendiri, Didi yang loyar buruk dengan orang sekeliling dia. Lepas tu pulak, ditambah pulak dengan Didi yang selalu bergaduh dengan teman chatting dia, Terhangat di Pasaran yang memang layan dia giler-giler punya.

Aku agak sedih jugak sebab part yang dia chatting dengan Terhangat di Pasaran hanya sekejap-sekejap je. Kalau lah dipanjangkan lagi, confirm best sebab dorang sesama sengal. HAHA :D

Lagi satu, kalau lah watak Syafizi tu dimunculkan lebih awal lagi, memang aku gelak habis dah sebab Didi dengan Syafizi ni memang suka berbalah, macam anjing dengan kucing! HAHA :D Pantang berjumpa, ada je benda yang nak keluar dari mulut dorang. 

Akhirnya Aku Kahwin! Hahaha..walaupun bunyi macam kelakar saja tapi kalau difikir-fikirkan balik, memang betullah akhirnya Didi jumpa cinta yang Didi cari-cari. Dan akhirnya Didi kahwin ngan Syafizi. Cinta antara Syafizi ngan Didi hadir tanpa sebarang isyarat mahupun sebab. Hanya Allah yang tahu waktu dan sebabnya.

cerita ni best lah =)
 So apa tunggu lagi, pergilah dapatkan senaskhah novel ini sekarang jugak! :D Hehe

~~sekiannn~~

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 27 décembre 2011

Mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah


Nabi Muhammad S.A.W: "Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah."(riwayat Ahmad)

Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, cari dan kahwinlah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua mencintainya supaya terisi makna cinta sebenar.

 

Berpasangan dan cinta adalah naluri manakala nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, pasti diburu penyesalan sepanjang hayat.

Cinta adalah sebahagian fitrah manusia. Orang yang tiada perasaan cinta adalah tidak normal, namun ramai juga yang menderita kerana cinta.

Bercinta tidak salah diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredhai Allah. Apabila kita membetulkan niat, kita mestilah menjadikan diri kita solehah supaya orang yang soleh akan ditemukan Allah.

Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang, namun Allah jadi penentunya. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh baik menurut Islam.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 22 décembre 2011

Adakalanya kita perlu menangis.

Adakalanya kita perlu menangis,
agar kita tahu,
hidup ini bukan sekadar ketawa.

Adakalanya kita perlu ketawa,
agar kita tahu mahalnya  nilai air mata.

Syukurlah kiranya ada 
yang menyakiti hatimu,
kerana dia mengajarmu erti tabah.
Syukurlah kiranya ada 
yang tidak mempedulikanmu  kerana dia
mengajarmu berdikari.
Syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu
kerana dia menghebatkanmu
untuk terus bangun lagi
Syukurlah kiranya ada
menyeksamu  kerana dia
mengajarmu kesabaran dan ketabahan.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Be Good to Yourself

Trust yourself. You know what you want and need.
Put yourself first. You can't be anything for anybody else unless you take care of yourself.
Let your feelings be known. They are important.Express your opinions. It's good to hear yourself talk.
Value your thinking. You do it well. Take the time and space you need. Even if other people are wanting something from you.
When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's ok to need.When you are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared makes it worse.
When you feel like running away, let yourself feel the scare. Think about what you fear will happen and decide what you need to do. When you're angry, let yourself feel the anger.
Decide what you want to do. Just feel it, express it, or take some action. When you're sad, think about what would be comforting.
When you're hurt, tell the person who hurt you. Keeping it inside makes it grow. When you have work to do and you don't want to do it, decide what really needs to be done and what can wait.
When you want something from someone else, ask. You'll be okay if they say no. Asking is being true to yourself. When you need help, ask. Trust people to say no if they don't want to give.
When people turn you down, it usually has to do with them, and not with you. Ask someone else for what you need. When you feel alone, know there are people who want to be with you. Fantasize what it would be like to be with each of them. Decide if you want to make that happen.
 When you feel anxious, let yourself know that in your head. You've moved into the future to something scaryand your body has gotten up the energy for it. Come back to the present. When you want to say something loving to someone, go ahead. Expressing your feeling is not a commitment
 When someone yells at you, physically support yourself by relaxing into your chair or putting your feet firmly on the floor. Remember to breathe. Think about the message they are trying to get across to you.
 When you're harassing yourself, stop. You do it when you need something. Figure out what you need and get it. When everything seems wrong, you are overwhelmed and need some comforting. Ask for it. Afterwards, you can think about what you need to do.



" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

~Terima kasih untuk semuanya~

Entry kali ini...ntah lah..takder idea laa..apa-apa pun aku nak wish kat  Muhammad Yazid  Shahrol..terima kasih untuk semuanya..sbb ajar aku control system 1 ngan robotic..alhamdulillah.syukur..dia ckp kalau sem dpn dia tak bz boleh jer dia ajar lagi untuk control system 2 lak.hihihi



Ni laaa dia Muhammad Yazid Shahrol..aku kenal dia pun dari kelas embeded..dia join ngan kelas aku..sori tau sbb aku curi gambar ko kat facebook..aku harap ko tak marah...Terima kasih banyak-banyak tau..Aku doakan semoga ko berjaya dalam bidang yang diceburi..

Amin =)

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com