ni je gmbar yg aku update...bnyak lg sbnranye...dah la...stakat ni je la
samedi 5 juin 2010
tngk wayang....
ni je gmbar yg aku update...bnyak lg sbnranye...dah la...stakat ni je la
jeudi 3 juin 2010
ⓂⒶⓁⒶ Ⓜ ⓎⒶⓃⒼ ⒾⓃⒹⒶⒽ......
sbb dier tau aku bdak baik...hehehe
...Jom layan citer+filem ini!!!...

Novel
"LAGENDA BUDAK SETAN"
membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?
erm klu nk tau citer slnjutnye..bace la novel ini.....
best giler!!!....dari sbuah novel mjadi sbuah filem terbaik...
jom layan citer+filem ini!!!.....

Release date : 3 June 2010Language : Malay
Classification : U
Running Time : 1 hour 46 minutes
Official Website :www.lagendabudaksetan.com
Pengarah | ||||||||||||||||||
Penulis:
| ||||||||||||||||||
Lakonan:
| ||||||||||||||||||
Krew:
| ||||||||||||||||||
Penerbit:
| ||||||||||||||||||
Anugerah (Pencalonan):
|
Sinopsis:
Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.
Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.
Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak....
sekian....
mercredi 2 juin 2010
Hidup ini bukan semudah yang disangka....
kunci ketenangan hati
7 kunci ketenangan hati..
- Jangan bergantung pada orang lain. Bergantunglah pada diri sendiri dan bersikap berdikari.
- Jangan berburuk sangka pada orang lain.
- Jangan selalu mengingat penyesalan di masa lalu.
- Jangan menyimpan kemarahan, dendam, irihati dan kebencian.
- Jangan membiasakan sikap terburu-buru.
- Jangan kuatir akan hari esok, Allah menjanjikan masa depan, dan harapan kita tidak akan pernah lenyap.
sebelum kita di lahirkan. Ia tahu apa yang terbaik bagi kita, maka dari itu jgn pernah
sesali apa yang terjadi meskipun terasa ssh bagi kita. Pada akhirnya setiap manusia akan
diciptakan utk saling berpasang-pasangan dan dari itu jgn pernah kuatir akan cintamu.
Ingtlah pda Nya, maka Ia akn mengingatimu. Berdoalah, maka keluh kesahmu akan
didengarkan.
samedi 29 mai 2010
Kek Coklat Kukus
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan susu segar perisa coklat
- 1 cawan minyak
- 3/4 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 3 biji telur
- Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
- Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
- Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
- Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
- Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
- Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
- Angkat dan sejukkan.
vendredi 28 mai 2010
Puding Karamel
Bahan-bahan
- (400ml) susu segar/susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telur- pada suhu bilik
- 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
- 2-3 titik esen vanila
- Karamel
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
Cara-cara
- Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
- Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
- Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
- Bila dah masak,jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
- Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.


