lundi 14 janvier 2013

Berkasih biar Seribu Bercinta biar Satu!



Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Bila kita bercerita tentang kasih sayang. Ianya suatu yang kompleks. Tapi apabila kita menyayangi antara satu sama lain, sangat bahagia bukan. Ada kala kita mensalah tafsirkan rasa sayang dan cinta. Cinta untuk siapa dan sayang untuk siapa. Manusia ada kalanya sukar untuk memahami antara satu sama lain. Adakala kita sesama kita mensalah tafsirkan antara kawan dan kekasih. Tidak perjudis aku mengatakan berkawan itu bukanlah satu masalah yang berat tapi ada masanya berkawan itu berpada-pada. Tapi antara lelaki dan lelaki lain cara pergaulannya dan antara lelaki dan perempuan ada batas dalam pergaulan. 

Tak salah mengasihi orang lain yang kita rasa kita kasih dengan mereka. Sebab semua orang perlukan kasih sayang. Tapi bercinta dan mencintai biarlah satu. Itu lebih baik kiranya. Bukannya aku mengata atau mempertikaikan. Bukan aku ingin mempertikaikan apa dan mengapa. Dalam bercinta sememangnya perlu kejujuran dalam perhubungan. Itu penting. Adakah susah untuk berlaku jujur dalam percintaan. Tidak perlu mengungkit kisah lampau dalam bercinta. Teruskan apa yang ada dan memperbaiki perhubungan. 

Ada masa percintaan perlukan kematangan. Dimana kita perlu matang untuk berfikir apa yang terbaik untuk diri. Bagi pasangan junior kitanya ingin kan komitment dalam percintaan yang masih muda, keluarga amat penting. Bukan maksud kita hendak bercinta pasal cinta. Tapi mungkin kita perlukan pendapat orang tua untuk mengukuhkan perhubungan.

Mengasih orang tidak salah asal kita tahu bezakan setiap perhubungan. Kata Orang buat baik berpada-pada begitu juga dalam perhubungan. Ada masa kita perlukan kesefahaman dalam setiap perhubungan. Bila kesefahaman baru wujudnya kepercayaan. Ada masa, sesetengah pasangan menodai kepercayaan yang kita berikan.

Ada masa kita tidak boleh menjangka tindak tanduk pasangan kita. Ntah kenapa? saat mula mula bercinta memang indah. Sangat Indah ibarat dunia kita yang punya. Tapi hati ini mudah tergugat pantang ada yang memberi ruang kita mudah rapuh. 
Mungkin ada masa kita perlu berahsia tapi ada masanya tidak. Mungkin lebih senang untuk memberitahu siapa teman kita supaya dia lebih tahu dengan siapa kita tika itu. Tapi ada masa kita terpaksa memendamkan suara untuk tidak berkata-kata atas tujuan untuk menjaga hati or tidak mengecewakan mana-mana pihak.

Tapi sekirnya kita masing-masing memahami perkara yang rumit akan menjadi mudah. Dalam perhubungan ibarat bermain layang-layang. Aku teringat kisah cinta seorang teman yang sangat sedih kalo aku rasa. Mungkin aku akan kisahkan untuk tatapan semua. Supaya kita boleh belajar dari kesilapan. Mungkin kita pernah kecewa tapi jangan putus asa.

Tapi belajarlah untuk menerima seseorang itu seadaanya jangan terlalu memaksa untuk menjadikan dirinya seperti yang kita mahu. Sekiranya kita hendak mengadjust jangan terlalu drastik. Perlahan-lahan, selagi kita yakin dan usaha semua pasti boleh jalan.
Dalam perjalanan banyak liku-liku kehidupan. Jangan Mudah menyerah kalah. Kita perlu lalui dengan penuh ketabahan dan perlukan sedikit semangat untuk teruskan usaha. Jangan salahkan takdir jika kita kecewa sebab itu ketentuan kehidupan setiap insan. Sentiasa menghargai orang -orang disekeliling kita. 


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 8 janvier 2013

Aku tidak "Kuat" Ya Allah.


Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


"Ya Allah kenapa engkau limpahkan ujian ini terhadapku"

Aku tidak kuat Ya Allah dalam menghadapinya...itulah ungkapan yg sering diucapkan kepada seorang hamba Allah yg lemah ini. Tetapi ingatlah bahawa setiap ujian yg diturunkan kepada kita pasti ada hikmahnya. Mungkin kekadang kita merasakan yg kita sudah berbuat yg terbaik tetapi tetap diuji. Allah akan menguji setiap hambanya yg beriman...

Setiap org yg menghadapi ujian yg berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya..."la yukallifullahu nafsan illa wus'aha" itulah ayat yg dirakamkan Allah di dalam Al-Quran. Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji. Oleh itu, sebagai hamba Allah yg beriman memang akan selalu diuji. Ujian yg Allah turunkan kepada kita semua adalah satu peringatan kpd kita supaya kembali semula mengingati Allah yg Maha Agong. Jangan sesekali bermegah-megah, riak ataupun nampak alim di sisi manusia tetapi hina di sisi Allah..nauzubillahi min zalik...Ya Allah jauhkanlah aku dari semua itu...tetapkanlah hatiku ini dengan keimanan yg teguh terhadapmu..."Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamamu dan ketaatan kepadamu..." Amin...



" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 4 janvier 2013

Jiwa Awal Tahun Baru...



Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Hari ni dah 4 Januari 2013, bermakna umur makin bertambah, Umur hanya angka yang tidak memberi apa-apa seandainya tidak dimanfaatkan dengan amal, ibadah & sebarang kejayaan kita sebagai hamba dan manusia ... Hanya satu perjalanan yang tidak bermakna apa-apa seandainya tiada satupun yang kita lakukan untuk diri dan orang lain. Satu langkah yang diambil bakal mengubah langkah yang seterusnya...

Insyaallah, 2013 adalah tahun yang penuh dgn harapan..catatkan semula semua impian-impian besar saya dan lupakan segala yang tidak penting. banyak harapan dan impian yang ingin dilaksanakan..Semoga tahun 2013 ini menjadi lembaran baru yang lebih baik.

Insyaallah,  Ameen Ya Rabb Alamin.



" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 2 janvier 2013

terbang:)


Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



"trials in life are not meant to make us fail,
but to see how far we can fly.



terbanglah tinggi--lebih dari awan-awan
agar kau bisa mendekat--dengan Tuhan.




" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 13 décembre 2012

.Cinta itu adalah Doa.

Selagi kita BERDOA, selagi itu ada CINTA.. Tetapi bukan untuk sesama MANUSIA saja malah pada ALLAH sudah tentunya.. Selagi ADA DOA bermakna kita masih bergantung harap padaNya; satu-satunya PEMBERI CINTA..

Moga DIA mengasihi kita dengan cintaNya yang Maha Agung..







" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 12 juillet 2012

:)


Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.


Jadikan ini sebagai satu pegangan :
"SAYA BELUM TENTU AKAN MENIKAHI ORANG YANG SAYA CINTAI TAPI SAYA AKAN MENCINTAI ORANG YANG SAYA NIKAHI!"







" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

.Hanya Aku Cinta Kau Seorang.


  Bismillahirahmanirahim.
In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

 
 
Lama tak update my bloggy. no idea. Ini bukan kaitan perasaan aku pada seseorang.
cume movie semata-mata. hihihi...movie ni baru-baru ditayangkan pada 21 Jun lalu, kiranya aku dah ketinggalan..hahaha..mmg nak tengok kat wayang pun, tapi masa tak mengizinkan. hari ni tiba-tiba rasanya cam nak tengok plak. download sendiri jer..huhuhu..dah pun tengok citer nye. best la jugak, tapi lagunya menusuk ke hatiku,,jiwang!! hahaha. 
feellin sngt!! memang ade betul nya jugak...kita biarkan orang yang kita sayang buat pilihan dia...biar dia jadi diri sendiri...kalau tak nampak sangat kita pentingkan diri sendiri...tapi mesti kita kecewa kan bila tengok orang yang kita sayang tu, tak tau yang kita sayang kt dia...tak tau yang kita selalu nak dia happy...mungkin orang yang kita sayang tu buta, tak nampak kita nak selalu ngan dia...buta sebab tak nampak pengorbanan dan keikhlasan kita...buta tak tau macam mana nak hargai kita lepas apa yang kita buat untuk dia kan!! kan!!

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu


hurmm..dan ader betul nya jugak lirik lagu OST movie ni...kenapa perlu lepaskan orang yang kita sayang bila kita dah suka kat dia...mungkin sudah suratan takdir...kita mesti terima dgn redha.


" Cintailah seseorang tu dengan keserdehanaan, tak perlu harta yang menggunung, tak perlu kata-kata semanis gula, tak perlu janji yang belum tentu dapat dikotakan, hanya cukup dengan keikhlasan dan kejujuran ".



Movie arahan Rusdi (Ollyn) Khadri ini dilakonkan oleh Aeril Zafril yang memegang watak Mukhlis, Nuremy Ramli yang melakonkan watak Murni, Fezrul Khan sebagai Iqwal, Shima Anuar melakonkan watak adik Iqwal iaitu Zizi. Mon Ryanti pula tampil sebagai kawan baik Mukhlis dan Murni dengan memegang watak sebagai Stacy.

SINOPSIS :

 Murni dan Mukhlis telah lama berkawan baik dan perhubungan mereka teramat mesra. Mereka menganggap hubungan mereka sebagai “Cinta Platonik”. Murni mempunyai perasaan terhadap Mukhlis namun perasaannya dipendam kerana dia menyangka Mukhlis mempunyai hubungan homoseksual denga Ayim (lakonan Helmy Moin). 

"Cinta Platonik"

 Mereka menganggap hubungan mereka lebih daripada sahabat tetapi tiada tarikan seperti pasangan yang bercinta.. Pendek citer hubungan ini tak membawa bahagia, pasti ada yang akan terluka..

 Oleh sebab itu lelaki dan wanita tidak boleh menjadi sahabat baik. Seutuh mana pun iman mereka sekiranya pergaulan tidak terpelihara, yang ketiga tetap hadir diantara mereka.. Yang ketiga ini seperti yang kita sedia maklum akan cuba menyesatkan kita semampu yang boleh.

Murni mula mencari Mr Right untuk dirinya, dan beliau disokong lagi oleh rakan baiknya Mukhlis dan Stacy yang memasukkan profile beliau ke laman web temujanji dan menemukan Murni dengan Iqwal. Walaupun pada hakikatnya Mukhlis juga mencintai Murni, tapi Mukhlis membiarkan Murni menjadi dirinya sendiri dan mencari cinta sejati. 

Adik Iqwal, Zizi juga berusaha menjodohkan Iqwal dengan Murni. Iqwal yang sudah mula menyukai berusaha membuat Murni jatuh cinta padanya. Di saat perasaan Murni pada Iqwal berputik, Ayim tampil memberitahu kebenaran mengenai hubungan sebenar dia dan Mukhlis dan Ayim turut memberitahu Murni perasaan cinta Mukhlis yang sebenarnya..

Mukhlis kemalangan dan rahsia Iqwal pula terbongkar. Adakah Murni dan Mukhlis akan bersatu? Atau Murni akan memilih Iqwal? Apakah rahsia Iqwal yang terbongkar? Dan apa hubungan sebenar Mukhlis dan Ayim?. 
  
Dalam filem ni juga ada diselitkan mengenai kisah rumah tangga Stacy (lakonan Mon Ryanti) dan Felix (lakonan Kamal Faridz). Rumah tangga mereka goyah kerana perangai Felix yang gemar berfoya-foya. Jadi apa kesudahannya pula kisah Stacy?? 

So ape kesudahannya? kena lah tengok sendiri :)

Bagi aku movie ni cukup santai dan ada elemen romantik serta komedi. Jalan cerita pula ada some part yang agak slow (dari pemerhatian aku) dan ada part yang berjalan tak laju tak perlahan, just nice. Penampilan Siti Chubby dalam movie ni sebagai pembantu spa di tempat Murni bekerja juga menambah seri movie ni dengan keletah lucunya tu. 

Lakonan Fezrul Khan masa dia nangis teringatkan cinta beliau yang sebelum ni pun menyentuh hati aku sebab beliau betul-betul menangis. Satu pembawakan watak yang agak beremosi, menunjukkan bahawa beliau betul-betul mencintai kekasihnya sebelum ni. 

Babak yang paling aku suka ialah bila rahsia Iqwal ni terbongkar, dan Zizi adik Iqwal ni menangis bagai nak rak, macam betul-betul pulak. Ehhh berlakon movie haruslah macam betul-betul kan baru lah menghayati habis! Aku pon rasa sebak je tengok.

Namun begitu aku tak nampak kemesraan antara Murni dan Mukhlis sebagai sahabat baik, tapi kemesraan tu lebih kepada pasangan kekasih pulak. Tapi takpe, still okay jalan cerita dia. 

 “Bolehkah persahabatan tanpa percintaan? Dan bolehkah percintaan tanpa persahabatan?” – Ollyn Khadri















" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com