jeudi 22 décembre 2011

~Terima kasih untuk semuanya~

Entry kali ini...ntah lah..takder idea laa..apa-apa pun aku nak wish kat  Muhammad Yazid  Shahrol..terima kasih untuk semuanya..sbb ajar aku control system 1 ngan robotic..alhamdulillah.syukur..dia ckp kalau sem dpn dia tak bz boleh jer dia ajar lagi untuk control system 2 lak.hihihi



Ni laaa dia Muhammad Yazid Shahrol..aku kenal dia pun dari kelas embeded..dia join ngan kelas aku..sori tau sbb aku curi gambar ko kat facebook..aku harap ko tak marah...Terima kasih banyak-banyak tau..Aku doakan semoga ko berjaya dalam bidang yang diceburi..

Amin =)

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

dimanche 18 décembre 2011

2011 bakal berakhir.

Hehehe, baru lepas blogwalking sana sini. Tengok update2 orang, ada yang seronok, ada yang bahagia, ada juga yang sedih, stress, mcm2 lah kan. Apa pulak kaitan dgn tajuk di atas? Hahahahaha, tak de lah. saja je.
huhuhuhu... 

Now dah nak masuk penghujung december. Apa pengisian sepanjang tahun ni? For me, Alhamdulillah. Kerana masih diberi nyawa untuk bernafas sampai hari ini, dan masih boleh update blog skrg ni. 。(◕‿◕) 。 Alhamdulillah. Syukur. Betul lah kata orang kan, setiap yang menangis, pasti akan ketawa juga. Dan jangan lupa, setiap yang ketawa, akan juga menangis. Biarlah. masa depan, kita tak tau. Allah yang tentukan semuanya.

Tak nak lah cakap pasal tahun tahun tahun tahun yang lepas. Sebab, kita sekarang akan meninggalkan tahun ini, and akan berjumpa pula dgn 2012. Sedar tak sedar, umur pun dah tua! ERK! *diam. huhuhuhu,

Hurm. I'm not perfect. I did mistake. But, Alhamdulillah, Allah masih memberikan saya peluang untuk terus berjalan, sedar akan kesilapan lalu, belajar dari kesilapan, dan bersedia untuk menempuhi hari baru. Kalau nak cakap pasal study, alhamdulillah semuanya okey.. Even tak power, but at least, my GPA n CGPA okey laa . Alhamdulillah. Syukur.

Masa depan, hanya Allah yang tahu apa akan terjadi.
Happiness will always be with us,
Just don't forget one thing,
All of the things happened, Allah yang tentukan.
Dan Allah yang beri dalam hidup kita.

I might not a good person. I did mistake. Dan tak terlepas dari dosa. But deep inside,
i wish for the best thing to happen, and always hope for the happiness.

Amin.


~~Semoga tahun 2011 menjadikan anda seseorang yang lebih bermakna untuk tahun akan datang.。(◕‿◕) 。 ~~

Insyaallah.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 16 décembre 2011

Saya tahu saya tak cantik.

KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?
Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?
Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.
Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.
Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.
Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.
Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.
Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?
Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?




SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..


Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.


Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..



ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kerana cantik, bukan?Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'trendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Jadi yang terbaik untuk dapat yang terbaik.

tidak perlu mencari yang terbaik.
tetapi berusahalah untuk menjadi yang terbaik.
pasti nanti Allah akan pertemukan dengan yang terbaik juga.
insyaallah.

mensyukuri pertemuan jodoh walau bukan dengan insan idaman,
asalkan si dia mencintai Tuhan, kita juga akan terus mencintainya tanpa alasan.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 15 décembre 2011

~Ombak Rindu~


OMBAK RINDU...movie yang paling dinantikan hujung tahun ini. 
Finally yesterday..dapat jugak aku tengok..alhamdulillah..punya lah susah nak cari tiket..full..sold out..last-last dapat jugak tengok kat GSC Alamanda, Putrajaya..tapi puas hati sangat..sebab memang best!! rasa cam nak tengok lagi jer..
5 star untuk OMBAK RINDU..!Tahniah..

Cerita ini mengisahkan seorang budak pompuan bernama izzah (Maya Karin) yang dipaksa oleh bapa tiri dan dijual untuk dijadikan pelacur..sampailah dia berjumpa ngan harris (Aaron Aziz)..semuanya berubah..dia beli izzah untuk dijadikan pompuan simpanan..so kalau nak tau lagi..tengok la yee..nanti tak suprise..tapi memang sedih sangattt..bila part izzah..part mila emilia (Lisa Surihani) pun..
paling best ending pun tak tergantung.. 

paling best semalam..sempat lagi bergambar ngan my roomate.. 
Julie Juling (Saidatul Akmal)..aku mmg giler gambar..hehehe





~~Aaron Aziz memang handsome laa..aku suke tengok dia..~~

  
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
 



Kesimpulan dari cerita ini, sekuat mana seseorang itu cuba untuk jadi, 
air mata menceritakan segalanya..


~~suka sangat dengan lagu ini, dan cerita ini.~~  

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 14 décembre 2011

Apa Rasa Bila Cinta Dikhianati?

benar, dulu aku mungkin..
aku pernah meletakkan cinta..
cinta pada sesuatu yang bukan pada haknya..
aku malu sendiri..
malu pada Tuhan sebenarnya..
aku takut kalau cinta dikhianati manusia..
tapi dalam waktu itu, aku sendiri telah mengkhianati Cinta Pemilik Hati..
ALLAH..


tapi, aku tetap berterima kasih..
kerana rasa itu, aku mula belajar erti..
kecewa kerana manusia..
bawa aku untuk mengerti, rasa itu yang menyedarkan..
aku juga mungkin telah banyak mengecewakan DIA..
moga waktu masih ada untuk aku terus menyemai cinta kasih buat DIA..
mudah-mudahan..

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 13 décembre 2011

Baked Blueberry Cheesecake♥

Hurm...sbenarnya aku nak research pasal fyp.
"Delmia Quest"
sambil mencari-cari
alih-alih terpikir nak cari resepi wat Baked Blueberry Cheesecake la plak.
ntah pape la aku ni.
(^_^)

~Baked Blueberry Cheesecake~
tak der gmbar kek nye laa,,sbb tak wat lg.
yummy!!yummy!! teringin la plak (^_^)
Dah lama rasanya aku x wat kek.
Tiba-tiba rasa nak wat kek la plak.
Aku x la pndai sngt wat kek ni,,baru-baru belajar jer.
Last wat kek ari2 pun kek Coklat Kukus.
ingatkan pas abis belajar ni aku nak bkak kedai kek laa.
"Fayzane Rosesz Blueberry Cheesecake"
Best nye klu impian aku tercapai,,,hehehehe.
mst tiap-tiap ari aku dpt mkn kek...hahaha.
ader-ade jer aku ni kan!!!
mcm-mcm la aku ni,,,dah la amik course engineering,,leh la plak terpikir nak bkak kedai kek,,hahaha
ntah laaa...
best jgk kan klu impian aku tercapai.
insyaallah.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com