mercredi 2 mars 2011

Laplace transform.

Laplace transform


Aku baru je selesai wat Tutorial 6...
 tp x semua la...
x ssh mane pun...tp pening kpala...
sbb ader yg x tau....
hahahahaha...

nmpaknya aku tinggal dulu la yg mane x tau tu..
aku wat yg aku tau je la dulu...
nnt time klas math aku tnya mdm siti...
hihihihihihi...


---Laplace transform by definition--- 

The Laplace transform of a function f(t), defined for all real numbers t ≥ 0, is the function F(s), defined by:








 ---Probability theory--- 


 ini lah serba-sedikit yg aku blajar hari ini.... 
huhuhuhuhu.....
 
❤ I LIKE LAPLACE TRANSFORM

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 1 mars 2011

The beginning.

 

ini kasut dan selipar. Ye. saya tahu ini kasut. tapi, mengapa dgn kasut? kasut di simbolik kan sbg simbol untuk langkah. Dan langkah bermaksud langkah kita dlm dunia ni. Apa je yg kita nk, kita harus mulakan dgn Langkah pertama. Without the first step, maka x wujud jugalah langkah seterusnya. Jadi, aturkan langkah dgn bijak supaya kita x tersilap langkah di kemudian hari. Huhuhu~ 


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

vendredi 11 février 2011

Diri aku dan Dunia


Aku tak cantik seperti mereka.
Aku tak bijak.
Aku tiada istimewa.
Aku dilahirkan sebagai bayi perempuan yang biasa.
kini aku seorang manusia yang bergelar perempuan dewasa.
Aku tak sempurna.
Aku ntah siapa di mata dunia.
Tapi aku bersyukur kerana aku adalah aku.
Salah satu manusia di bumi Nya.
Manusia yang dilahirkan sebagai perempuan.
hati sebagai seorang perempuan.
Dengan hati ini aku masih mampu teruskan.
Selagi nyawa ku dizinkan Tuhan.
Selagi ajal belum menjemputku
Aku masih seorang manusia.
Yang punya hati seorang perempuan.
Walaupun berjuta manusia di dunia.
Aku tetap satu, yang punya hati dan nyawa ini.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mercredi 26 janvier 2011

alhamdulillah....

Ketika sampai hari ini, syukur, Alhamdulillah.
Kerana aku masih lagi menjadi manusia di muka bumi Allah.


:)

Hidup tak semestinya bergantung kepada sesuatu perkara. Utamakan DIA melebihi segalanya.


:)


Insyaallah~ Aku cuba,


Syukur kerana aku masih lagi ada ketika ini...


:)

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

mardi 25 janvier 2011

bila teringat...

bila teringat, aku tersenyum.
bila teringat, aku menangis.
bila teringat, aku ketawa.
bila teringat, aku sedih.

semua itu adalah satu peninggalan ingatan,
pengajaran dalam proses pembelajaran hidup.
manusia sentiasa menjadi pelajar dalam hidup,
pengalaman dan kesilapan, mereka itu adalah guru.

walaupun, aku teringat,
biarpun, aku sering teringat,
 
tidak ada satu perkara pun yang mampu,
untuk buat aku kembali ke masa yang telah berlalu.
 
bila teringat, aku hanya mampu bersyukur.
syukur, kerana aku masih lagi seorang pelajar di sini,
syukur kerana aku ingin mencari jalanNya.
 
bila teringat, Jangan lupa DIA.
DIA sentiasa ada.
 

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

current song

There's so much songs that playing in my mind now. Biasa lah, lagu ikut mood. But, ntah. 

Tak tau kenapa.

Currently, Now playing: Innocence
.

heee....saja je....


Waking up I see that everything is ok
The first time in my life and now it's so great
Slowing down I look around and I am so amazed
I think about the little things that make life great
I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

This innocence is brilliant
I hope that it will stay
This moment is perfect
Please don't go away
I need you now
And I'll hold on to it
Don't you let it pass you by


I found a place so safe, not a single tear
The first time in my life and now it's so clear
Feel calm, I belong, I'm so happy here
It's so strong and now I let myself be sincere
I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling
  

It's a state of bliss, you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry

It's a state of bliss, you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry

It's so beautiful it makes you wanna cry

This innocence is brilliant, It Makes you want to cry
This innocence is brilliance Please don't go away
Cause I need you now
And I'll hold on to it, Don't you let it pass you by


" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

jeudi 20 janvier 2011

- kerana DIA, maha mengetahui -

Ajal maut, Jodoh pertemuan, Semua itu ketentuanNYA. Ketentuan yang telah ditulis, yang telah tersurat. Dan hanya Allah, Yang Maha Mengetahui segalanya. Hidup ini sentiasa adil.
Jangan sekali mengucapkan ungkapan "Hidup ini tak adil". Biarpun hidup tak sentiasa jadi seperti yang kita inginkan, tetapi, sesungguhnya Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Putaran roda dalam kehidupan menjadikan hidup ini adalah adil. Ketawa lawannya menangis. Suka lawannya duka. kejayaan lawannya kegagalan. Bila kita ketawa, kita akan menangis. Bila kita berjaya, satu hari nanti kita akan gagal. Tapi, disebalik tangisan dan kegagalan itu, kita juga akan kembali ketawa dan berjaya juga. Roda sentiasa berputar. dan manusia tidak selamanya berada di atas, mahupun di bawah.

Itulah bukti, bahawa hidup ini adil. Allah Maha Adil. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba hambaNYA. Setiap kesedihan akan dihadiahkan dengan kegembiraan, dan setiap kegembiraan itu akan diselitkan dengan kesedihan. Supaya, kita tidak jauh dariNYA. Supaya kita sentiasa mencari ketenangan dariNYA. Supaya kita mencari jalan untuk dekat padaNYA. 

Allah Maha Mengampuni. Selagi nyawa masih ada, selagi itu kita masih berpeluang untuk memohon keampunan dariNYA. Biar apa pandangan orang lain terhadap kita. Kita tidak akan berjaya untuk mengawal pemikiran dan pandangan setiap hamba Allah yang ada di dunia ni. Walau apa pun kehidupan yang kita pernah lalui, sesungguhnya, Allah sentiasa bersama kita. 

Jodoh...Semua orang tau, Jodoh pertemuan, Allah tentukan. Cuma bila dan siapa, kita memang tak akan tau sehinggalah sampai masanya. Setiap manusia, ada hati dan perasaan. Wujudnya perasaan sayang dan cinta yang ada dalam hati, memang tak dapat kita nafikan. Sebagai manusia yang normal, perasaan begitu ada dalam hati kita. Ada yang bercinta, tapi tak kesampaian. Ada juga yang dah kahwin, tapi terputus juga di tengah jalan. Bila fikir balik, memang lah takut. Sebab, kita tak tau apa yang akan berlaku. kan? tapi, apa pun, kita kena sentiasa ingat. Kerana DIA, Maha Mengetahui. Kuatkan hati, kuatkan semangat. Walau macam mana jatuh sekalipun, Allah sentiasa ada. Kita sebagai hambaNYA,hanya mampu sentiasa berdoa. Doa, supaya kita dekat denganNYA, dan diberi ketenangan.. Soal hati dan perasaan, dan cinta, Kuatkan dalam hati and percaya, that ALLAH knows and see everything.

" Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki..."

Design and idea created by Norfayzane the owner of the ilhamhatifayzanerosesz.blogspot.com